Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA PRESIDEN TIMOR-LESTE

Timor-Leste masih tunggu presiden baru

Kedua-dua calon raih kurang 50% undi dalam pilihan raya baru-baru ini, oleh itu perlu diadakan pusingan kedua bulan depan
Mar 28, 2022 | 05:30 AM



DILI (Timor-Leste): Negara Asia Tenggara 'paling muda', Timor-Leste, baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya presidennya yang kelima baru-baru ini, namun tiada pemenang mutlak diumumkan, sekali gus perlu diadakan pusingan kedua pilihan raya pada bulan depan.



Dengan semua undian dikira, pemenang Nobel Jose, Encik Ramos-Horta, memperoleh kira-kira 46.5 peratus, lebih seganda berbanding pesaing utamanya yang juga presiden sekarang, Encik Francisco Guterres.



Lain 14 calon tiada yang mendapat 10 peratus undi.



Namun di negara bekas wilayah Indonesia itu, keperluan majoriti 50 peratus undi diperlukan untuk menang dalam pusingan pertama.



Justeru, badan pilihan raya mengumumkan pilihan raya presiden kedua bakal diadakan pada 19 April.



Mengulas, Encik Guterres berkata beliau akan berusaha membentuk pakatan dengan semua pihak yang tidak layak ke pusingan kedua.



Bercakap di Istana Presiden, penyandang jawatan presiden itu berkata:



"Kita akan ke pusingan kedua kerana tiada calon yang menjadi pemenang dan tiada calon yang kalah, kini kita mula semula dari sifar."



Encik Ramos-Horta pula berkata sebelumnya beliau yakin akan menang, dan pemilihannya akan menyebabkan "gempa politik di Parlimen negara".



Pemimpin berusia 72 tahun itu, yang sebelum ini berkhidmat sebagai presiden dari 2007 hingga 2012, berkata minggu lalu bahawa beliau berasa terdorong bertanding semula selepas menganggap tindakan presiden sekarang telah melanggar perlembagaan.



Timor-Leste telah mendapat kemerdekaan dari Indonesia sekitar hampir dua dekad lalu.



Ramai calon pilihan raya presiden kali ini merupakan tokoh pejuang kemerdekaan yang kekal terkenal.



Di Timor-Leste, presiden bertanggungjawab melantik pemerintah dan juga mempunyai kuasa membubarkan parlimen.



Negara itu mempunyai sekitar 1.3 juta penduduk dengan ekonomi yang bergantung kepada minyak dan gas, namun ia sering bergelut dengan kemantapan politik dan isu pembangunan.



Encik Ramos-Horta mendapat sokongan parti Kongres Nasional untuk Pembinaan Semula Timor (CNRT) pimpinan wira kemerdekaan, Encik Xanana Gusmao, dan beliau berusaha menjadi presiden kira-kira sedekad selepas gagal memenangi penggal kedua presiden bagi tempoh selama lima tahun.



Encik Ramos-Horta berkhidmat sebagai presiden antara 2007 dengan 2012, dan pada masa itu beliau terselamat daripada satu cubaan bunuh.



Di pilihan raya presiden kali ini, beliau berkempen di atas platform mahu memulihkan kemantapan politik di negara itu yang mengalami pergolakan politik selama bertahun-tahun.



Tetapi di tengah-tengah perselisihan sengit antara parti utama di mana gabungan parti pemerintah telah runtuh, Encik Gusmao mungkin mahu Encik Ramos-Horta membalas budi kerana menyokong pencalonannya sebagai presiden.



Parti CNRT kini menjadi pembangkang dan menganggap pemerintah campuran sekarang pimpinan Perdana Menteri, Encik Taur Matan Ruak, sebagai tidak sah.



"Siapa pun akan menghadapi cabaran awal untuk menyatukan parti politik Timor-Leste yang berpecah-belah," kata Profesor Michael Leach, pakar dalam politik Timor-Leste di Universiti Teknologi Swinburne memberitahu The Sydney Morning Herald.



"Jika Ramos-Horta, beliau berada di bawah tekanan daripada mereka yang menyokongnya untuk membubarkan parlimen. Pilihan raya parlimen dijadualkan setahun dari sekarang pada 2023 tetapi CNRT mahukan pilihan raya awal.



"Tekanan balas yang akan dihadapi beliau, adalah seorang presiden adalah ketua negara dan perlu menyatukan seluruh negara.



"Membubarkan parlimen akan menjadi kontroversi dari segi politik, jadi sesuatu yang perlu diuruskan oleh presiden adalah pembentukan pemerintah."



Dalam sistem pemerintahan Timor-Leste, presiden tidak mempunyai kuasa dasar tetapi boleh membubarkan parlimen dan boleh memveto perundangan serta pelantikan menteri, seperti yang dilakukan Encik Guterres selepas Pilihan Raya Parlimen terakhir pada 2018, apabila beliau menolak beberapa nama menteri yang dikemukakan CNRT.



Presiden Timor-Lester seterusnya akan mengangkat sumpah pada 20 Mei, ulang tahun kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002. - Agensi berita.




"Tekanan balas yang akan dihadapi Ramos-Horta adalah seorang presiden adalah ketua negara dan perlu menyatukan seluruh negara. Membubarkan Parlimen akan menjadi kontroversi dari segi politik, jadi sesuatu yang perlu diuruskan oleh presiden adalah pembentukan pemerintah."
- Profesor Michael Leach, pakar dalam politik Timor-Leste di Universiti Teknologi Swinburne memberitahu 'The Sydney Morning Herald'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >