Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Republikan tetap tak endah gesaan Trump untuk sokong sekutunya dipilih Speaker Dewan Perwakilan

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Parti Republikan gagal dalam pemilihan Speaker Dewan Perwakilan buat hari kedua berturut-turut kelmarin, apabila sekumpulan ahli parti itu kekal menolak gesaan mantan presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Donald Trump, untuk bersatu di belakang sekutunya, Encik Kevin McCarthy.



Selepas tiga undian yang gagal dan satu pusingan rundingan tertutup, Encik McCarthy masih kelihatan sukar untuk mendapatkan jawatan Speaker Dewan, jawatan kedua tertinggi selepas presiden negara itu.



Penggubal undang-undang mengundi untuk pulang ke rumah malam kelmarin dan akan cuba lagi pada lewat malam tadi.



Kebuntuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Parti Republikan untuk mentadbir dalam tempoh dua tahun akan datang kerana mereka tersandung mengenai apa yang biasanya merupakan undian rutin pada permulaan sesi perundangan.



Ahli dewan mesti menamakan pemimpin terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah ahli individu dan menjalankan ehwal perundangan.



Encik McCarthy, dari California, telah berkhidmat sebagai pemimpin tertinggi Dewan Republikan sejak 2019 dan mengetuai usaha partinya untuk menguasai dewan dalam pilihan raya pertengahan 2022.



Malangnya, beliau telah gagal dalam enam undian berturut-turut dalam tempoh dua hari, kerana sekumpulan 20 ahli konservatif Republikan menganggapnya tidak boleh dipercayai secara ideologi dan kerana itu enggan menyokongnya, menyebabkan Encik McCarthy kekurangan 218 undi yang diperlukan untuk memenangi jawatan itu.



Penyokong Encik McCarthy semakin kecewa apabila hari semakin berlalu.



"Anda mempunyai 20 orang yang menuntut 201 ahli lain menyerah kepada mereka tanpa syarat. Baiklah, saya tidak akan menyerah tanpa syarat," kata wakil Republikan, Encik Trent Kelly, pada sidang akhbar.



Pertarungan kepimpinan ini merupakan permulaan yang mengecewakan bagi majoriti Republikan baru di Dewan selepas parti itu berjaya memperoleh majoriti tipis 222-212 pada pilihan raya November 2022.



Perjuangan dalaman menggariskan cabaran yang mungkin dihadapi parti dalam tempoh dua tahun akan datang, menuju pilihan raya presiden 2024.



Kali terakhir Dewan gagal memilih Speaker pada sesi undian pertama adalah pada tahun 1923, semasa pertandingan yang mengambil sembilan undi untuk diselesaikan.



Encik McCarthy berkata beliau sedang membuat kemajuan.



"Saya tidak fikir pengundian malam ini membawa sebarang perbezaan, tetapi saya fikir pengundian pada masa akan datang akan," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan lawan.



Penyokongnya berharap undian berulang akan melemahkan pihak lawan.



Tetapi apabila hari berlalu tanpa tanda-tanda kemajuan, kepercayaan Republikan terhadap kejayaan Encik McCarthy nampaknya semakin lemah.



"Pada satu ketika, akan ada Speaker, dan ia akan menjadi Republikan," wakil, Encik Tom Cole, meramalkan.



Nama-nama lain melayang kerana kemungkinan termasuk anggota Republikan nombor dua Dewan, Encik Steve Scalise dan Encik Jim Jordan -- yang menerima 20 undian ketika dicalonkan pada hari Selasa lalu.



Kedua-duanya berkata mereka menyokong Encik McCarthy. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >