Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Resolusi PBB tuntut henti keganasan di Myanmar

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan ketetapan berhubung Myanmar buat julung-julung kali dalam 74 tahun, yang bertujuan menamatkan keganasan di negara itu.



Selain itu, ketetapan tersebut berhasrat menggesa junta tentera Myanmar supaya membebaskan pemimpin yang disingkir, Cik Aung San Suu Kyi, serta tahanan politik lain.



Myanmar telah berada dalam krisis sejak 1 Februari 2021, apabila tentera merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Suu Kyi.



Junta tentera telah menahan beliau serta beberapa pegawai lain dan berlaku ganas terhadap pembantah.



"Hari ini, kami telah memberikan pesanan yang tegas kepada tentera di Myamnar dan mereka tidak seharusnya ragu... yang kami mahukan ketetapan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya," kata Duta Britain ke PBB, Cik Barbara Woodward, selepas Majlis Keselamatan PBB memberi sokongan kepada ketetapan yang ditulis Britain itu.



"Kami juga telah memberikan mesej yang jelas kepada warga Myanmar. Kami mahukan kemajuan yang selaras dengan hak, kehendak dan kepentingan mereka," ujar Cik Woodward lagi, dalam ucapan kepada majlis 15 anggota itu.



Pendirian PBB berhubung keadaan di Myanmar sebelum ini berbelah-bahagi, dengan kededua China dan Russia menentang tindakan tegas.



Kededua negara itu, bersama India, tidak mengundi dalam pertemuan kelmarin, sementara lagi 12 anggota menyokong ketetapan tersebut.



"China masih mempunyai beberapa keprihatinan," kata Duta China ke PBB, Encik Zhang Jun, selepas undian dijalankan.



"Tidak ada huraian pantas dan mudah bagi isu ini... sama ada ia boleh dihuraikan... pada pokoknya bergantung kepada Myanmar sendiri."



Menambah, Encik Zhang berkata China mahukan Majlis Keselamatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Myanmar dan bukan satu ketetapan.



Duta Russia ke PBB, Encik Vasilly Nebenzia, berkata Moscow tidak menganggap keadaan di Myanmar sebagai satu ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa. Justeru, perkara itu tidak seharusnya ditangani oleh Majlis Keselamatan PBB.



Ketetapan yang dikeluarkan menyatakan keprihatinan mendalam terhadap keadaan kecemasan yang berterusan di Myanmar.



Ia juga menggesa tindakan tegas dan segera untuk melaksanakan pelan keamanan seperti yang telah dipersetujui Asean.



Duta Myanmar ke PBB, Encik Kyaw Moe Tun, yang masih memiliki kerusi PBB dan mewakili pemerintahan Cik Suu Kyi, berkata ketetapan terbaru itu mengandungi beberapa elemen positif, tetapi pihaknya mengharapkan teks yang lebih tegas. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >