Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Restoran diarah tutup 14 hari selepas video 'tikus jilat ayam goreng' tular

Dec 25, 2022 | 09:19 PM



SEBUAH restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur diarah tutup dua minggu selepas tular video memaparkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di dalam kaunter pemanas dua hari lepas.



Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata restoran itu diarah tutup berikutan beberapa pelanggaran berkait dengan keselamatan makanan dan kebersihan.



Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan berhubung video yang tular dan mengenal pasti lokasi premis terlibat berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur, lapor laman Kosmo! Online.



“Pasukan penguat kuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat semalam.



“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan. Sehubungan itu, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan.



“Di samping itu, sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Pada masa sama, Noor Hisham turut menyarankan pengguna untuk memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu selera di luar rumah.



Terdahulu, Kosmo! Online pada 23 Disember lalu melaporkan tentang sebuah restoran yang menjadi tular apabila seorang pelanggan merakam kejadian di mana seekor tikus dilihat sedang enak menikmati ayam goreng yang diletakkan di dalam pemanas makanan di premis itu.-KOSMO! ONLINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >