Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Rex Tillerson angkat sumpah sebagai Setiausaha Negara Amerika

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Rex Tillerson angkat sumpah sebagai Setiausaha Negara Amerika

Feb 02, 2017 | 11:56 AM

WASHINGTON: Mantan ketua eksekutif syarikat minyak ExxonMobil, Encik Rex Tillerson, mengangkat sumpah pada Rabu (1 Feb) sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat.

Beliau akan mengetuai Jabatan Negara yang sedang menggelegak dek penentangan terhadap larangan ke atas pelarian oleh Presiden Donald Trump.

Selepas penamaan calon berusia 64 tahun itu disahkan oleh Senat, beliau menuju ke Rumah Putih, di mana Encik Trump secara rasmi menamakan pendatang baru dalam arena politik itu sebagai diplomat paling tinggi Washington.

"Ini seorang lelaki yang dihormati di seluruh dunia malah sebelum beliau mula bekerja," kata Encik Trump, sambil mengucapkan terima kasih kepada Encik Tillerson.

"Beliau meninggalkan pekerjaannya yang sangat baik bagi (jawatan) ini, saya ingin beritahu anda."

Turut berada di Pejabat Oval sebagai Encik Tillerson mengangkat sumpah ialah ketua strategi Encik Trump, Encik Steve Bannon, bekas bos nasionalis platform berita berhaluan kanan Breitbart.

Encik Bannon muncul sebagai tokoh dasar luar utama dan dilaporkan terlibat dalam merangka larangan visa dan pelarian yang mencetuskan bantahan sejagat.

Encik Tillerson mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump dan berikrar akan bekerja baginya dan rakyat Amerika pada setiap masa. Beliau akan bertemu kakitangan Jabatan Negara di ibu pejabat barunya pada Khamis.

Encik Tillerson mengambil alih sebuah agensi yang sedang digemparkan dengan peletakan jawatan peringkat tertinggi dan oleh arahan Encik Trump yang menggantung kedatangan pelarian dan visa bagi rakyat dari beberapa negara Islam.

Pada Selasa, kira-kira 1,000 pegawai dari misi Amerika di seluruh dunia menandatangani dan menyerahkan memo bantahan, mengutuk larangan itu sebagai satu penghinaan terhadap nilai-nilai Amerika.

Encik Tillerson belum menyatakana pandangannya mengenai arahan eksekutif Encik Trump itu, tetapi Rumah Putih menunjukkan respons tanpa tolak ansur kepada bantahan tersebut.

Jurucakap Encik Trump, Encik Sean Spicer, berkata sekatan perjalanan itu akan membantu menyingkir pelampau dan menjadikan Amerika selamat.

Beliau berkata diplomat yang tidak setuju "boleh sama ada terus mematuhi program ini atau berhenti". - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3