Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Riau naikkan amaran kebakaran hutan, belukar lepas tompok panas dikesan

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Beberapa daerah di wilayah Riau, Indonesia, menaikkan status amaran kebakaran hutan dan belukar apabila sejumlah tompok panas dikesan sejak awal tahun ini.



Timbalan Gabenor Riau, Encik Edy Natar Nasution, berkata dalam satu kenyataan status amaran sudah dinaikkan bagi daerah Bengkalis, Siak, Pelalawan, Rokan Hilir, Pulau Merati serta bandar Dumai.



Kawasan terbabit berada di kawasan pantai timur wilayah bersempadankan Selat Melaka itu.



"Pemerintah Riau sudah menaikkan status amaran untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan (kebakaran belukar dan hutan)," kata Encik Nasution, sambil menambah bahawa amaran lebih tinggi akan membolehkan agensi dan institusi pemerintah bekerjasama mencegah dan mengawal kebakaran.



"Saya harap akan ada usaha bersama untuk mencegah (kebakaran hutan). Saya harap penduduk juga memainkan peranan dengan tidak membersihkan tanah menerusi amalan menebang dan membakar. Ini kerana sebaik sahaja belukar terbakar, ia menjadi sukar dan menelan belanja besar untuk dipadamkan," tambah beliau.



Status amaran itu berkuat kuasa hingga 21 Oktober. Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, memberitahu pihak berkuasa tempatan Isnin lalu supaya bersiap sedia menghadapi kebakaran hutan lewat tahun ini memandangkan tompok panas sudah dikesan di pulau Sumatera.



Beliau memberi amaran bahawa wilayah Kalimantan di pulau Borneo dan pulau Sulawesi akan juga mula berdepan kebakaran hutan pada Mei hingga Julai, dengan kemuncaknya dijangka antara Ogos dengan September.



Agensi Kaji Cuaca, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia Isnin lalu menyatakan meskipun beberapa daerah di negara itu masih mengalami musim hujan, sebahagian kawasan di Sumatera, termasuk Riau, mengalami musim panas bulan ini.



BMKG juga memberi amaran bahawa wilayah itu mungkin mengalami kebakaran belukar dan hutan hingga Mac, apabila kekerapan hujan dijangka bertambah.



Wilayah Riau, menurut agensi itu, sekali lagi beralih daripada musim hujan ke musim panas sekitar Mei.



Agensi Pengurusan Bencana Riau (BPBD) menyatakan sejak awal tahun ini, kebakaran berlaku di kawasan hutan dan tanah wilayah itu seluas 248 hektar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >