Ribuan bantah rampasan kuasa tentera Myanmar
Feb 7, 2021 | 5:18 PM

Para penunjuk perasaan menyertai satu tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa tentera di Yangon pada 7 Februari. - AFP
PULUHAN ribu orang telah berarak buat hari kedua di Yangon, bandar terbesar Myanmar, pada Ahad (7 Feb) dan ribuan lain berhimpun di merata negara untuk membantah terhadap rampasan kuasa tentera junta dan penahanan pemimpin Aung San Suu Kyi minggu lalu.
Bantahan itu, yang berlaku meskipun adanya sekatan Internet dan talian telefon, adalah tunjuk-tunjuk perasan terbesar di negara itu sejak Revolusi Saffron pada 2007 yang diketuai oleh sami Buddha.
Orang ramai yang membanjiri Yangon, ibu kota komersial, telah membawa belon merah, warna yang mewakili Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Suu Kyi.

