Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan berarak sokong keluarga Muslim korban serangan trak di Canada

Jun 13, 2021 | 5:30 AM
PERJUANG KEHARMONIAN KAUM: Ribuan orang pelbagai kaum dan agama berjalan sejauh tujuh kilometer di London, dari tapak keluarga itu dibunuh hingga ke sebuah masjid berhampiran, tempat penyerang mereka di ditangkap polis. - Foto AFP
PERJUANG KEHARMONIAN KAUM: Ribuan orang pelbagai kaum dan agama berjalan sejauh tujuh kilometer di London, dari tapak keluarga itu dibunuh hingga ke sebuah masjid berhampiran, tempat penyerang mereka di ditangkap polis. - Foto AFP -

LONDON (Ontario): Ribuan orang mengadakan perarakan tanda memberi sokongan kepada sebuah keluarga Muslim di bandar di Canada ini yang dibunuh dalam satu jenayah kebencian baru-baru ini.

Mereka dilanggar dengan sengaja oleh seorang lelaki yang memandu sebuah trak pikap pada Ahad lalu.

Empat mangsa itu, merangkumi tiga generasi daripada sebuah keluarga, dibunuh Nathaniel Veltman, 20 tahun, yang merempuh mereka sedang keluarga itu bersiar-siar di kejiranan mereka.

Anggota keluarga kelima, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terselamat dan sedang dirawat di hospital.

Ribuan orang daripada pelbagai kaum dan agama di bandar London di Ontario ini berjalan sejauh tujuh kilometer dari tapak keluarga berkenaan dibunuh hingga ke sebuah masjid berhampiran, tempat Veltman ditangkap polis.

Veltman, seorang penduduk London, telah dikenakan empat tuduhan membunuh tahap pertama dan satu tuduhan cuba membunuh. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg