Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan berkumpul bagi ingati 10 tahun perang saudara di Syria

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



IDLIB (Syria): Ribuan orang turun ke jalan-jalan raya di bandar pemberontak terakhir di Idlib, Syria, kelmarin sebagai menandakan ulang tahun ke-10 sejak tunjuk perasaan antipemerintah di seluruh negara itu mencetuskan perang saudara yang dahsyat.



Di bandar utama yang dikuasai militan, orang ramai berarak, ada yang mengibarkan bendera bintang tiga pembangkang, atau membawa gambar mereka yang terbunuh semasa konflik itu.



"Kebebasan, kebebasan, kebebasan," mereka menyanyikan lagu di kota Idlib, sama seperti penunjuk perasaan pertama pada 2011 yang menuntut supaya pemerintahan Presiden Bashar al-Assad digulingkan.



"Rakyat mahukan kejatuhan rejim," mereka berteriak, menyuarakan slogan sama yang diambil oleh penunjuk perasaan di tempat lain di wilayah berbahasa Arab pada musim bunga 2011 itu.



Salah seorang yang berarak, Cik Hana Dahneen, berkata:



"Kami datang untuk memperbaharui janji yang kami buat pada 2011 ketika kami memutuskan untuk menggulingkan Assad.



"Kami berharap dapat menjatuhkan rejim itu dari hari pertama," katanya.



"Tetapi ia (pemerintah) menggunakan semua jenis senjata terhadap rakyat yang tidak bersalah untuk menghancurkan revolusi."



Perang Syria telah mengorbankan lebih 388,000 orang dan menyebabkan jutaan rakyat Syria kehilangan tempat tinggal dan menjadikan mereka pelarian di dalam dan luar negara.



Namun hari ini Encik Assad kembali menguasai lebih 60 peratus negara itu setelah rentetan kemenangan yang disokong oleh Russia terhadap pemberontak dan militan.



Satu dekad kemudian, Encik Assad tampak bakal memenangi pilihan raya presiden yang baru pada musim panas ini di kawasan yang dikuasai rejim.



Idlib, yang mempunyai 2.9 juta penduduk, dilindungi oleh gencatan senjata sejak Mac 2020 dan merupakan salah satu daripada beberapa kawasan penting yang dapat bertahan daripada tindak balas pemerintah Damsyik.



"Kami akan tetap komited kepada revolusi kami walaupun memerlukan 50 tahun," kata Cik Dahneen.



Sedang konflik itu berterusan, ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat kembali apa yang dikatakannya sebagai "salah satu krisis pelarian terbesar pada zaman moden ini".



"Selama 10 tahun krisis Syria telah menyebabkan penderitaan manusia yang tidak dapat dibayangkan," kata ketua Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), Encik Filippo Grandi.



"Dunia gagal membantu rakyat Syria," katanya, sambil mengakui usaha besar-besaran yang dilakukan untuk menampung pelarian Syria.



Perang di Syria telah menyebabkan sekitar 6.7 juta orang di Syria lari daripada kediaman mereka, dan hampir 5.6 juta warganya menjadi pelarian di luar negara, kebanyakannya ke negara-negara jiran, menurut perangkaan PBB. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >