Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan dirikan solat hajat di Indonesia supaya hujan turun bagi redakan jerebu

Sep 12, 2019 | 12:44 PM



JAKARTA: Ribuan penduduk Indonesia berkumpul untuk berdoa sambil mendirikan solat hajat dengan niat mengharapkan hujan di bandar yang dilanda jerebu di pulau Sumatra dan Borneo pada hari Rabu (11 Sept).



Jerebu disebabkan kebakaran hutan pada musim kemarau melanda di beberapa daerah Sumatera dan Borneo sejak lebih sebulan lalu. 



 Pemerintah telah menghantar sekitar 9,000 anggota tentera, polis dan agensi bencana untuk melawan api.



Namun, negara jiran Indonesia sering mengadu mengenai jerebu yang disebabkan pembersihkan tanah untuk ladang kelapa sawit dan pulpa.



Indonesia pula berkata, mereka tidak bersalah sambil menambah bahawa kebakaran hutan boleh dilihat oleh satelit yang sedang berlaku di beberapa negara jiran.



Menurut jabatan meteorologi Indonesia, kebakaran hutan yang sedang berlangsung di beberapa daerah di Asia tenggara disebabkan corak perubahan cuaca yang dikenali sebagai, El-Nino, iaitu, jenis cuaca kering yang luar biasa serta hujan yang sering berlaku.



Beberapa ribu orang di Pekanbaru, ibu kota daerah Riau di Sumatra, telah mendirikan solat hajat dan berdoa secara berjemaah di luar pejabat gabenor untuk mengharapkan hujan. Ada yang dilihat memakai pelitup sewaktu bersolat.



"Kami akan melakukan segalanya supaya hujan turun dan kini kami berdoa kepada Allah," timbalan gabenor wilayah Edy Nasution memberitahu agensi berita itu.



Acara solat berjemaah itu juga diadakan di beberapa bandar di Kalimantan yang dilanda jerebu yang mencapai tahap yang tidak sihat. Ia memaksa sekolah-sekolah ditutup, kata agensi berita itu.



Bagi mengawal kebakaran hutan, pihak berkuasa di Indonesia telah menggunakan 37 helikopter dan telah menjatuhkan bom air sebanyak 239 juta liter, menurut kenyataan agensi bencana di akaun Twitternya, sementara pesawat juga digunakan untuk teknik pembenihan awan yang berkemungkinan menghasilkan hujan.



Agensi itu juga memaklumkan bahawa terdapat 5,062 kawasan kebakaran panas atau "hot spot" di enam wilayah Indonesia. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >