Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan orang berhimpun di KL sertai bantahan isu Icerd

Dec 8, 2018 | 3:46 PM
SERTAI BANTAHAN: Orang ramai berhimpun di bawah landasan LRT di Masjid Jamek.
SERTAI BANTAHAN: Orang ramai berhimpun di bawah landasan LRT di Masjid Jamek. - Foto ARIFFIN JAMAR

KUALA LUMPUR: Ribuan orang berhimpun di Dataran Merdeka hari ini (8 Disember) bagi menyertai bantahan sebagai sambutan keputusan Malaysia tidak memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, turut hadir di acara itu dengan ditemani penyokongnya. Beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menaiki LRT untuk ke lokasi perhimpunan itu.

Meskipun dianjurkan kumpulan masyarakat sivil Melayu-Islam, bantahan itu sebenarnya diterajui dua parti pembangkang Melayu-Islam yang terbesar di Malaysia, iaitu Umno dan PAS.

Pada mulanya, acara itu diusulkan sebagai bantahan terhadap Icerd tetapi selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak jadi memeterai konvensyen itu bulan lalu, acara itu bertukar menjadi satu sambutan pula.

Daripada 57 negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), hanya .Malaysia dan Brunei sahaja yang belum memeterai konvensyen itu. ​

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg