Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan pemandu M'sia ditangkap cuba 'balik kampung' secara senyap

May 20, 2020 | 10:24 PM
SEKATAN PERJALANAN: Mereka yang ingin mengunjungi negeri lain untuk urusan pekerjaan atau keluarga harus memohon kepada pihak berkuasa terdahulu. FOTO: AFP
SEKATAN PERJALANAN: Mereka yang ingin mengunjungi negeri lain untuk urusan pekerjaan atau keluarga harus memohon kepada pihak berkuasa terdahulu. FOTO: AFP -

SHAH ALAM: Lebih 3,000 kenderaan telah diarah pulang selepas pemandu kenderaan tersebut ditangkap cuba balik kampung secara senyap, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (20 Mei).

Kejadian itu berlaku pada Selasa (19 Mei) di lebuh raya Malaysia,

Kerajaan telah melarang semua perjalanan antara 13 negeri itu bagi mencegah penularan virus Covid-19 agar ia tidak disebarka ke kawasan pedalaman dari kota, namun terdapat sebilangan orang yang masih mahu berbuat demikian.

Beberapa ribu lagi individu turut ditangkap dan disuruh pulang ke tempat asal mereka sejak kebelakangan ini, kata polis.

Pada Selasa, polis telah menghentikan 318,000 kenderaan di plaza tol serata negara untuk memeriksa destinasi mereka, kata Datuk Seri Ismail sewaktu sidang media harian berkaitan Covid-19 kepada media.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg