BAITULMAKDIS: Ribuan penduduk Israel, termasuk beberapa menteri dalam pentadbiran sayap kanan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, pada Isnin telah berarak ke sebuah petempatan Yahudi di wilayah Tebing Barat yang terdahulu telah dipindahkan demi menyokongi penyediaan tempat tingal bagi golongan pendatang yang sebaliknya dianggap haram dari segi undang-undang antarabangsa.
Sedang ketegangan antara penduduk Israel dengan Palestin kian meningkat, rakyat Israel dari serata negara telah melawati pusat luar kota Evyatar dengan menghayunkan bendera Israel serta menyanyikan kalimat dan lagu keagamaan sewaktu minggu perayaan agama itu.
Pasukan pertahanan Israel dilaporkan mengeluarkan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap petunjuk perasaan Palestin yang melontar batu di kota berhampiran Beita.
Kejadian itu mencederakan 17 orang ekoran peluru getah dan dua lagi individu yang terkena kotak tin gas di kepala, menurut badan Sabit Merah Palestin.
Lebih 90 penduduk Palestin dan sekurang-kurangnya 19 rakyat Israel dan orang asing telah dibunuh sejak Januari.
Majlis wilayah Samaria, yang mewakili penduduk pendatang di kawasan utara Tebing Barat, dalam satu kenyataan menukil pemimpinnya Encik Yossi Dagan yang telah menyebarkan kepada peserta petunjuk perasaan itu, berkata tempat penginapan bagi orang pendatang adalah jawapan kepada gelombang-gelombang pengganasan yang sedang berlaku.
Encik Itamar Ben-Gvir, ketua pertahanan kabinet Netanyahu, berucap semasa pertunjukan perasaan Israel itu: "Sekarang mereka faham mengapa saya telah giat meminta pertubuhan sebuah pasukan pengawal nasional."
Diiringi sebuah pasukan pengawal besar pada Isnin, Encik Ben-Gvir pada minggu lalu diberi kelulusan untuk mengetuai sebuah pasukan kawalan nasional yang mempunyai tumpuan khusus bagi mencegah pergolakan.
Encik Netanyahu bagaimanapun menghalang daripada memberinya kuasa langsung terhadap pasukan itu selepas pihak pembangkang mengutarakan keprihatinan bahawa pasukan itu boleh menjadi sebuah pasukan ketenteraan yang ditubuh berlandaskan suku agama.
Pelbagai negara melihat penyediaan tempat penginapan bagi pendatang asing Yahudi di Tebing Barat, yang telah dirampas dari Jordan dalam sebuah perang pada 1967 itu, sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Israel menolak dakwaan itu dengan merujuk kepada ikatan keagamaan dan sejarahnya terhadap tanah itu, serta keperluan keselamatannya.
Pemerintah berpihak kanan Israel yang mengambil alih pada lewat Disember 2022 menyokongi usaha pengiktirafan dan memperluas petempatan bagi orang Yahudi di wilayah Tebing Barat di mana orang Palestin mengharapkan penubuhan sebuah negara bebas di situ. - Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg