Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penduduk Myanmar larikan diri sedang krisis pelarian memburuk

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Sebilangan besar petani dan keluarga mereka yang ketakutan di Myanmar melarikan diri ke India sedang junta tentera negara itu yang merebut kuasa pada Februari lalu terus mencari dan menghapuskan pasukan penentang tentera di sepanjang sempadan negara itu.



'Tatmadaw', gelaran bagi tentera Myanmar, telah menyasarkan kawasan yang menjadi tempat ribuan orang awam mengangkat senjata dan menggelarkan diri mereka Pasukan Pertahanan Rakyat.



Menurut penduduk, tentera melepaskan peluncur roket ke kawasan perumahan, membakar rumah, memotong akses Internet dan bekalan makanan, bahkan menembak orang awam yang melarikan diri.



Selama lebih tujuh dekad, konflik bersenjata, penindasan politik dan kempen yang disasarkan terhadap kaum minoriti seperti Rohingya telah memaksa ratusan ribu orang Myanmar berlindung di negara lain. Banyak lagi dijangka menyusul.



Kumpulan bantuan berkata mereka bersiap sedia menghadapi banjiran pelarian tetapi bimbang negara di sekitar Myanmar seperti Thailand akan menolak pelarian.



Di wilayah Chin di barat laut Myanmar, seluruh bandar berjumlah 12,000 penduduk telah mengosongkannya pada bulan lalu.



Penduduk melaporkan sejumlah besar pasukan tentera sejak beberapa minggu lalu, menandakan tindakan keras lebih besar oleh 'Tatmadaw' dan menyebabkan banyak orang mahu melarikan diri.



Setelah tentera membakar kediamannya pada 18 September lalu dengan bom tangan roket, Encik Ral That Chung memutuskan beliau tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan Thantlang, kota kediamannya di wilayah Chin.



"Saya cintakan Myanmar, tetapi saya akan kembali hanya jika ada kedamaian," kata Encik Ral That Chung, yang berjalan selama lapan hari bersama 10 anggota keluarganya untuk sampai ke India.



"Lebih baik menderita di sini (India) daripada hidup dalam ketakutan di negara saya sendiri."



Dalam tempoh lapan bulan sejak tentera berkuasa, kira-kira 15,000 warga Myanmar telah melarikan diri ke India, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Cik Catherine Stubberfield, jurucakap biro Asia dan Pasifik Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, berkata agensi itu mengesan kira-kira 5,000 orang yang memasuki India dari Myanmar setelah pertempuran baru-baru ini.



"Kekejaman di mana seluruh desa diserang telah menimbulkan situasi mengerikan di mana orang ramai benar-benar putus asa," kata Encik Tom Andrews, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar. "Dan keadaan semakin buruk."



Pelarian berkata mereka tidur di hutan selama berhari-hari, sebilangan mereka tanpa ada makanan ketika mereka menuju ke India.



Sebaik sahaja mereka sampai di persimpangan Sungai Tiau yang memisahkan kedua negara, mereka menaiki rakit buluh atau perahu untuk menyeberang ke India. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >