Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penduduk selamatkan diri selepas Gunung Semeru di Indonesia meletus

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



LUMAJANG (Indonesia): Laungan semboyan kecemasan berserta hujan, tidak dihiraukan oleh ribuan penduduk sekitar Gunung Semeru yang bergegas menunggang motosikal dan berlari meninggalkan kediaman mereka untuk menyelamatkan diri.



Kepulan asap dan debu terpacul keluar dari mulut gunung berapi tertinggi di pulau Jawa itu.



"Gelap dan hujan, bukan hujan air sahaja yang turun, tetapi gunung berapi itu memuntahkan debu pekat, tak ubah seperti lumpur," kata seorang wartawan AFP yang berada di situ.



Pihak berkuasa Indonesia menaikkan taraf berjaga-jaga kepada paras paling tinggi, apabila gunung berapi Semeru memuntahkan debu panas dari kawahnya, tersembur keluar ke langit.



Genap setahun lalu, gunung berapi itu meletus, mengakibatkan 51 orang mati.



Petugas pasukan penyelamat sekali lagi bertungkus lumus memindahkan para penduduk kelmarin.



Salah seorang petugas pasukan penyelamat, Encik Gunawan, merakamkan suasana awan yang pada siang hari itu berubah menjadi gelap gelita seperti suasana tengah malam.



Sejurus kemudian, jaringan Internet terputus, hubungan telefon turut terganggu, namun semboyan kecemasan terus dilaungkan, dengan penduduk kampung memukul dram dan buluh memberi isyarat kecemasan.



Semeru adalah gunung tertinggi di pulau Jawa dan terletak 800 kilometer di tenggara Jakarta.



Para penduduk sekitar kawasan pergunungan itu masih belum selesai membersihkan kerosakan yang diakibatkan daripada letupan gunung berapi itu tahun lalu.



Belerang yang dimuntahkan masih lagi mengalir ke arah kawasan kediaman, dan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai supaya berada jauh sekitar 8 kilometer dari kawasan tersebut.



Ramai penduduk, kebanyakan wanita dan kanak-kanak ditempatkan di pusat-pusat perlindungan, ada yang ditempatkan 20 kilometer jauh dari kawasan pergunungan itu.



Encik Gunawan berkata mereka berada dalam keadaan selamat, lapor akhbar Jakarta Post.



"Kebanyakan jalan raya ditutup sejak pagi kelmarin, dan sekarang hujan belerang masih menutupi gunung tersebut," kata seorang sukarelawan, Encik Bayu Deny Alfianto, kepada agensi berita Reuters melalui panggilan telefon dari kawasan tidak berapa jauh dari gunung berapi itu.



Agensi berita rasmi Antara melaporkan para petugas pasukan penyelamat meminta orang ramai supaya berwaspada akan kemungkinan berlakunya pengaliran belerang dan debu panas di pepanjang aliran sungai dan lembah dari hulu puncak gunung Semeru. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >