Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan penyokong Trump cuba batalkan keputusan

Jun 8, 2022 | 5:30 AM
0e75e160-c9a9-4706-bfb8-f85feacf5f72
-

PADA 6 Januari 2021, kira-kira 2,000-3,000 penyokong mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyerbu bangunan Capitol di Washington D.C.

Mereka berusaha membatalkan kekalahan Encik Trump dalam pilihan raya presiden November 2020 dengan mengganggu sesi bersama Kongres yang sedang berhimpun untuk mengesahkan undi pilihan raya itu dan akan merasmikan kemenangan calon presiden Parti Demokrat, Encik Joe Biden.

Bangunan Capitol terpaksa disekat secara menyeluruh dengan penggubal undang-undang dan kakitangan dipindahkan apabila perusuh menyerang pegawai penguatkuasa undang-undang, dan kemudian memasuki ruang dalaman bangunan itu lalu mendudukinya beberapa jam selain merosakkan harta benda.

Sebelum serangan itu, Encik Trump memberi ucapan berdekatan Rumah Putih, tidak jauh dari bangunan Capitol, menyeru ribuan penyokongnya supaya bertindak untuk mencegah pemilihan rasmi Encik Biden.

Beliau membuat dakwaan palsu bahawa pilihan raya presiden negara itu telah "dicuri parti Demokrat".

Lima orang mati sebelum, semasa dan selepas serbuan itu - seorang ditembak polis; seorang mati akibat mengambil dadah berlebihan; dan tiga mati atas sebab semula jadi.

Ramai cedera termasuk 138 pegawai polis. Empat pegawai yang memberi respons kepada serbuan itu mati dalam tempoh tujuh bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg