Topic followed successfully
Go to BHkuRibuan peringati mangsa terorisme di masjid NZ
Premium
Ribuan peringati mangsa terorisme di masjid NZ
Perdana Menteri Jacinda Ardern: Dunia perlu menamatkan lingkaran ekstremisme ganas yang memerlukan usaha sejagat
Mar 30, 2019 | 5:30 AM
Ribuan peringati mangsa terorisme di masjid NZ
CHRISTCHURCH (New Zealand): Ribuan orang berdiri sambil bertafakur di sebuah taman di Christchurch semalam apabila nama 50 mangsa dalam kejadian tembakan di dua masjid di New Zealand dibacakan dalam satu majlis negara bagi memperingati tragedi tersebut.
Antara tetamu yang hadir dalam upacara di Hagley Park, dekat Masjid Al Noor di mana mangsa yang sedang solat Jumaat itu ditembak mati oleh penembak yang disyaki pelampau kulit putih, menyeru ke arah negara New Zealand yang lebih baik dan bertolak-ansur.

