Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan rai jubli emas Sultan Brunei

Oct 06, 2017 | 05:30 AM



BANDAR SERI BEGAWAN: Selepas subuh semalam, pelajar Singapura, Cik Syazana Hussain, sudah mula mencari tempat yang baik untuk menyaksikan istiadat bersejarah di Bandar Seri Begawan.



Mahasiswi tahun tiga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) itu menyertai ribuan orang yang membanjiri jalan raya kota ini untuk menyaksikan perarakan diraja bagi meraikan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah yang telah memimpin negara itu selama 50 tahun.



Istiadat tersebut acara utama sambutan Jubli Emas Sultan Hassanal Bolkiah Menaiki Takhta yang diadakan sepanjang bulan ini.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga tiba di Bandar Seri Begawan semalam untuk menghadiri sambutan tersebut.



Encik Lee memulakan program tiga hari di Brunei dengan menemui masyarakat Singapura di Brunei.



Cik Syazana, 24 tahun, berkata:



"Boleh katakan saya sama ghairah dengan rakyat Brunei mahu meraikan sambutan ini. Ini pengalaman sekali dalam seumur hidup."



Kali terakhir Brunei mengadakan sambutan seperti itu ialah 25 tahun lalu semasa sambutan Jubli Perak. Waktu itu, Cik Syazana belum dilahirkan.



Bermula di kediaman rasmi Sultan, Istana Nurul Iman, perarakan itu mengelilingi Bandar Seri Begawan dan melalui beberapa tempat ternama, misalnya Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Bangunan Alat Kebesaran Diraja dan Dermaga Diraja.



Dalam perarakan dua jam itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersemayam dalam usungan diraja yang dikendalikan seramai 50 pegawai.



Perarakan itu dipimpin Pengiran Penggawa, diikuti pancaragam berbaris Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei.



Sultan Hassanal Bolkiah, 71 tahun, ditabal menjadi Sultan Brunei ke-29 dan Yang Dipertuan negara pada 5 Oktober 1967.



Beliau mengambil alih tampuk pimpinan negara tersebut setelah ayahnya, Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien, secara sukarela turun takhta.



Sultan Hassanal Bolkiah memimpin Brunei ke arah kemerdekaan pada 1984.



Sejak itu, negara berkonsep Melayu Islam Beraja dengan kesultanan berusia 600 tahun itu telah mencapai pencapaian kemajuan ekonomi dan sosial.



Lebih 300 warga Singapura tinggal di Brunei, termasuk mereka yang bekerja dalam industri kelautan, pertanian dan runcit serta pelajar seperti Cik Syazana.



Cik Syazana turut menyertai warga Singapura lain dalam jamuan bersama Encik Lee setelah menyaksikan perarakan itu.



Mengimbas pengalamannya belajar di Brunei hampir tiga tahun, bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu berkata beliau "tidak menyesal belajar di Brunei walaupun terpaksa berpisah dengan rakan-rakan" yang kebanyakan belajar di Jordan, Mesir dan Malaysia.



"Brunei aman sekali dan selalu menenangkan saya. Ia sebuah negara unik. Sultannya juga amat berendah hati dan amat menyayangi rakyatnya," kata pelajar jurusan bahasa Arab itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >