Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Ribuan rakyat Myanmar tunjukkan tolak rampasan kuasa

Suarakan tidak percaya janji junta tentera bahawa pilihan raya umum akan diadakan
Feb 18, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Ribuan rakyat Myanmar berkumpul di Yangon, ibu kota komersial negara itu, semalam bagi meningkatkan tekanan ke atas rejim tentera yang mendakwa mendapat sokongan rakyat bagi rampasan kuasa yang dilakukannya dan pilihan raya umum yang bakal diadakan, untuk menyatakan itu satu pembohongan.



Mereka menyuarakan rasa tidak percaya pada janji junta tentera yang dibuat semasa satu sidang media semalam, bahawa satu pilihan raya umum akan dijalankan dan ia akan menyerahkan kuasa.



Bantahan itu diadakan sedang polis memfailkan tuduhan tambahan ke atas Cik Aung San Suu Kyi, pemimpin Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang memenangi pilihan raya umum negara itu pada November 2020.



Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan itu, yang ditahan sejak 1 Februari, berdepan dengan tuduhan melanggar Undang-Undang Pengurusan Bencana dan kesalahan mengimport enam walkie-talkie.



Perbicaraan Cik Suu Kyi ditetapkan pada 1 Mac.



"Mari kita berkumpul dalam jutaan orang bagi menjatuhkan diktator," tulis aktivis Khin Sandar di Facebook.



Amerika Syarikat dan Britain mengutuk tindakan junta Myanmar membuat tuduhan luar biasa terhadap Cik Suu Kyi, yang merupakan Kaunselor Negara, selain memutuskan jaringan Internet buat malam ketiga berturut-turut bagi menyekat kebangkitan rakyat.



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, berkata pemerintah negara itu memberi respons "terganggu" akan berita mengenai tuduhan itu dan menggesa Cik Suu Kyi dibebaskan.



"Kami menggesa tentera Myanmar supaya melepaskan semua orang awam, pemimpin politik, wartawan dan aktivis hak manusia dan ahli masyarakat awam lain yang ditahan secara tidak adil dan mengembalikan pemerintah yang dipilih secara demokratik," katanya kepada wartawan.



Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, juga mengutuk junta tentera Myanmar dengan menyatakan tuduhan terhadap Cik Suu Kyi "diada-adakan" dan "jelas satu pencabulan terhadap hak kemanusiaan".



"Kami menyokong rakyat Myanmar dan akan memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ini dikenakan tindakan," ujar beliau melalui Twitter.



Duta China ke Myanmar kelmarin berkata perkembangan terbaru di Myanmar bukan sesuatu yang China mahu lihat.



Beliau berkata Beijing mempunyai hubungan politik baik dengan NLD.



Sepanjang dua minggu sejak tentera Myanmar di bawah panglimanya, Jeneral Min Aung Hlaing, menyingkirkan Cik Suu Kyi dan meletak pemimpin itu dalam tahanan di rumah, pemberontakan berlaku bukan di bandar-bandar besar sahaja, malah masyarakat terperinci.



Tentera mendakwa rampasan kuasa itu dilakukan berikutan penipuan dalam pilihan raya yang dimenangi parti Cik Suu Kyi.



Selepas rampasan kuasa itu, Cik Suu kyi dituduh mencabuli undang-undang import dan eksport berikutan penemuan walkie-talkie itu.



Peguam beliau, Encik Khin Maung Zaw, memberitahu agensi berita AFP bahawa anak guamnya berdepan dengan tuduhan kedua, iaitu mencabuli undang-undang pengurusan bencana negara.



Tidak dapat dipastikan bagaimana tuduhan undang-undang bencana itu dikenakan terhadap Cik Suu Kyi, tetapi ia pernah digunakan terhadap Presiden Win Myint, yang juga ditahan pada 1 Februari, menyusuli kempen menuduh pencabulan terhadap larangan berkaitan Covid-19.



Encik Maung Zaw berkata Cik Suu Kyi dan Encik Win Myint belum ditemui tetapi dijangka muncul dalam satu sidang video pada perbicaraan mereka pada 1 Mac.



Lebih 420 orang ditahan selepas rampasan kuasa itu, termasuk ahli kumpulan pemantauan Persatuan Bantuan Tahanan Politik.



Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Zaw Min Tun, berkata Cik Suu Kyi dan Encik Win Myint berada di "lokasi selamat" dan "dalam keadaan sihat".



"Bukan seperti ditahan - mereka berada di rumah mereka," katanya. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >