Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan rakyat Yaman tuntut siasatan ke atas serangan yang korbankan 140

Oct 10, 2016 | 10:58 AM



SANAA: Ribuan rakyat Yaman, ramai daripada mereka bersenjata, berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu negara Yaman, Sanaa, pada Ahad (9 Okt) untuk mendesak agar diadakan siasatan antarabangsa ke atas serangan udara terhadap satu upacara pengebumian Sabtu lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 140 orang.



Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi dipersalah sacara meluas bagi serangan Sabtu lalu itu.



Ia dilancarkan ke atas sebuah dewan tempat ramai tokoh terkemuka di bandar itu berkumpul bagi pengebumian bapa menteri dalam negeri.



Gabungan itu pada mulanya menafikan memainkan sembarang peranan dalam serangan tersebut, dipercayai antara yang paling berdarah dalam perang 18 bulan di Yamana yang telah membuat sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh.



Tetapi gabungan itu kemudian berkata ia bersedia melancarkan siasatan ke dalam serangan itu, yang seorang pegawai PBB berkata turut mencederakan lebih 525 orang.



Serangan itu dikutuk oleh PBB, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, yang berkata pada Ahad seorang kakitangan mereka terbunuh.



Gambar-gambar menunjukkan bahagian dalaman dewan itu menjadi timbunan besi berpintal dan runtuhan selepas dua letupan besar.



Penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di sekitar ibu pejabat PBB, ramai menjulang senapang mereka.



Nada, seorang pelajar sekolah tinggi yang tinggal berhampiran tapak serangan, berkata cebisan tubuhan manusia melayang dek letupan itu ke dalam rumahnya.



"Apa yang berlaku adalah satu jenayah yang belum pernah berlaku sebelum ini... Pemandangan serangan itu menakutkan dan tidak akan dapat saya lupakan," katanya.



Pada Ahad, bekas presiden Yaman yang berpengaruh, Encik Ali Abdullah Saleh, menyeru supaya lebih banyak serangan dilancar di sempadan Arab Saudi.



Beliau memegang kuasa dalam pertempuran antara tentera dan pemberontak Houthi, yang menggulingkan pemerintah Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada Mac 2015.



Arab Saudi telah melancarkan ribuan serangan udara terhadap golongan Syiah Houthi itu, yang disokong Iran.



Menyusuli laporan tentang serangan tersebut, Amerika Syarikat berkata ia akan mengkaji semula sokongan kepada gabungan tentara yang diketuai Arab Saudi di Yaman.



Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Encik Ned Price, berkata "kerjasama keselamatan AS dengan Arab Saudi bukan satu cek kosong", dan menggesa semua pihak supaya melaksanakan "segera" gencatan senjata. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >