Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan terjejas ekoran ribut teruk di Australia Barat

May 25, 2020 | 1:17 PM
ANGIN KENCANG: Angin sekencang 132 kilometer sejam, dicatatkan di Cape Leeuwin pada awal Isnin, 25 Mei 2020. - FOTO: EPA-EFE
ANGIN KENCANG: Angin sekencang 132 kilometer sejam, dicatatkan di Cape Leeuwin pada awal Isnin, 25 Mei 2020. - FOTO: EPA-EFE -

BEKALAN tenaga bagi ribuan penduduk Australia Barat (WA) terputus ekoran ribut teruk yang melanda wilayah itu, sedang perkhidmatan darurat memulakan usaha pembersihan di Perth pada Isnin (25 Mei).

Angin sekencang 132 kilometer sejam, merupakan rekod paling kuat sejak 15 tahun lalu, dicatatkan di Cape Leeuwin pada awal Isnin, lapor media Australia.

"Cuaca teruk itu telah menjejas sebahagian besar WA," kata Perdana Menteri Scott Morrison dalam satu kenyataan di media sosial.

"Ia telah menyebabkan banyak kerosakan dan bekalan tenaga terputus yang luas." tambahnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mereka mendengar nasihat daripada perkhidmatan darurat dan supaya mereka terus selamat. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg