Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut besar musim sejuk landa tengah Amerika

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ribut musim sejuk yang besar melanda bahagian tengah Amerika Syarikat, mengancam akan terjadinya bencana yang disifatkan pakar kaji cuaca sebagai 'bom' taufan yang menurunkan salji menyelubungi Chicago.



Kejadian itu akan mengakibatkan rancangan percutian menjadi huru-hara sehingga ke Texas.



Angin sejuk bertiup dari Montana hingga ke Alabama dan Chicago dijangka dituruni salju setebal 20 sentimeter, dibawa angin selaju 89 kilometer sejam, menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional.



Cuaca buruk di salah sebuah hab penerbangan terbesar di Amerika Syarikat itu tentunya akan menjejas jadual penerbangan di merata negara itu.



Cuaca sejuk akan berterusan hingga ke bahagian timur, dengan salji tebal melanda pesisiran timur Tasek Erie dan Tasek Ontario.



Keadaan ini boleh menimbulkan risiko ke atas tanaman dan prasarana bekalan tenaga.



Ribut membawa taufan sekencang 24 milibars dalam masa 24 jam, kata Encik Tom Kines, seorang ahli kaji cuaca dari AccuWeather.



Dianggarkan seramai 112.7 juta orang akan melakukan perjalanan sejauh 80 km atau lebih dari 23 Disember hingga 2 Januari 2023.



Bilangan itu meningkat sebanyak 3.6 juta dari tahun lalu dan hampir seperti sebelum pandemik, menurut AAA, syarikat yang menyediakan insurans perjalanan.



Syarikat-syarikat penerbangan seperti United Airlines, Delta Airlines, American Airlines dan Southwest Airlines mengeluarkan pengecualian perjalanan menjelang ribut itu, membolehkan para penumpang membuat tempahan semula untuk percutian tanpa mengenakan bayaran tambahan.



"Saya pasti O'Hare (lapangan terbang di Chicago) akan ditutup buat sementara semasa turunnya salji dan ini akan diikuti oleh beberapa lapangan terbang lagi," kata Encik Kines, merujuk kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago.



Bagi New York, Washington dan lain-lain bandar besar di bahagian timur laut Amerika Syarikat, ancaman utama adalah hujan lebat dan angin, menurut Encik Bob Oravec, seorang pegawai kanan ramalan cuaca di Pusat Ramalan Cuaca Amerika Syarikat.



Sementara suhu akan turun lewat Jumaat ini di New York, ia mungkin mengakibatkan sedikit kekecohan.



Tetapi tiupan angin mungkin masih menyukarkan perjalanan di lapangan terbang di bahagian timur.



Selain gangguan perjalanan, cuaca sejuk akan melanda sehingga ke Texas dan Gulf Coast, mengakibatkan permintaan terhadap bekalan elektrik meningkat.



Cuaca seperti ini akan menjadi ujian kepada bekalan elektrik Texas, yang terjejas semasa keadaan lebih sejuk pada Februari 2021, walaupun kali ini ia dijangka tidak terlalu lama.



Sementara itu, di sebahagian kawasan di Florida suhu dijangka turun ke paras beku, kata Encik Kines.



Ini menimbulkan semacam risiko ke atas tanaman tebu di Florida, kata Encik Drew Lerner, pula dari badan Kaji Cuaca Sedunia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >