Ribut di Pulau Pinang akibatkan banjir kilat, pokok tumbang
Premium
Ribut di Pulau Pinang akibatkan banjir kilat, pokok tumbang
May 27, 2016 | 5:30 AM
ANGKARA RIBUT: Anggota bomba giat menjalankan operasi mengalihkan pokok yang tumbang sehingga menghalang lalu lintas di Jalan Arumugam Pillai, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, malam kelmarin. - Foto NSTP -
GEORGETOWN: Angin kencang dan hujan lebat bermula tengah malam kelmarin hingga awal pagi semalam mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan beberapa jalan raya utama dinaiki air sekitar Pulau Pinang.
Dalam kejadian bermula sekitar 12 tengah malam itu, angin kencang mengakibatkan beberapa pokok tumbang di Bayan Lepas, Mak Mandin, Permatang Rawa, Butterworth dan Jawi, lapor Berita Harian Online Malaysia semalam.

