Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut petir landa belukar di timur Australia, tapi kebakaran berterusan

Jan 16, 2020 | 07:24 PM



MELBOURNE - Hujan lebat dan ribut petir yang melanda beberapa daerah pantai timur Australia pada Khamis (16 Jan) membawa harapan bagi memadamkan kebakaran belukar yang sedang berlangsung.



Namun, kata seorang pegawai pihak berkuasa, ribut dan hujan lebat yang berlaku dalam tempoh pendek boleh menyebabkan banjir dan petir juga berpotensi mengakibatkan kebakaran baru.



Menjawab pertanyaan oleh radio Australia, ahli meteorologi kanan, Encik Jake Phillips berkata: 



“Kami menjangkakan cuaca yang tidak stabil ini akan turut berlaku sekurangnya empat atau lima hari lagi.”



“Hujan tersebut mungkin akan membawa manfaat kepada kawasan-kawasan tertentu, tetapi bagi kawasan lain, jumlah hujan ini sedikit sahaja, hanya satu atau dua milimeter.



“Sebenarnya, cuaca seperti ini boleh menimbulkan beberapa risiko dan oleh itu, ini tidak bermakna ribut ini adalah satu khabar yang baik. Apa yang kami perlukan sekarang adalah hujan yang berpanjangan (untuk memadamkan kebakaran),” tambah beliau.



Sejak September tahun lalu, Australia dilanda kebakaran belukar yang amat teruk.



Kebakaran seluas negara Bulgaria itu telah mengorban sebanyak 29 mangsa, jutaan haiwan dan memusnahkan sebanyak 2,500 rumah. - REUTERS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >