Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji landa AS, jejas perjalanan ribuan jelang cuti Krismas

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



DETROIT: Ribut musim sejuk yang besar melanda Amerika Syarikat (AS), membawa salji tebal dan hujan yang menyebabkan suhu jatuh ke paras beku menjelang perayaan Krismas sehingga membatalkan perjalanan yang menjejas berjuta-juta warganya.



Cuaca melampau itu berlaku ketika permulaan musim cuti yang menyaksikan perkhidmatan pengangkutan menjadi antara yang paling sibuk.



Menjelang cuti hujung minggu, ribut petir dan angin puting beliung turut melanda, merosakkan wilayah di selatan negara itu dekat sempadan Mexico.



Beberapa perkhidmatan kereta api dibatalkan, sekali gus mengganggu perjalanan percutian ketika ribut musim sejuk melanda negara itu.



Perkhidmatan Kaji Cuaca Nasional (NWS) mengeluarkan amaran puting beliung akan melanda serata bahagian di Louisiana, Oklahoma dan Texas.



Ia juga mengatakan bahawa pengesan ribut mengesahkan berlakunya puting beliung berhampiran Grapevine, Texas dan barat Shreveport, Louisiana.



Angin puting beliung yang membadai kawasan berhampiran Grapevine merosakkan beberapa bangunan, mengakibatkan kecelakaan di jalan raya di daerah Wise, Parker dan Jack, lapor agensi Fort Worth Star-Telegram.



Belum ada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kematian.



"Anda berada dalam keadaan yang mengancam nyawa. Serpihan yang berterbangan boleh mengakibatkan maut bagi mereka yang tidak dapat berlindung.



"Rumah mudah alih boleh musnah dan wujud risiko kerosakan besar pada kediaman, perniagaan serta kenderaan.



"Kemusnahan sepenuhnya juga mungkin terjadi," kata NWS melalui amaran yang dikeluarkan lewat kelmarin.



Ribut juga mengakibatkan lebih 3,800 jadual penerbangan dibatalkan dan lagi 1,600 penerbangan yang dijadualkan semalam, menurut laman web FlightAware.



"Ribut ini akan berterusan, mengakibatkan banyak kerosakan dari wilayah Rockies hingga ke Pantai Timur," menurut ramalan perkhidmatan cuaca itu.



Ribut salji turut memaksa sekolah-sekolah ditutup di wilayah Dakota, Colorado dan Nebraska.



Beberapa kawasan di wilayah berkenaan dijangka diliputi salji setebal 61 sentimeter dan angin kencang selaju 97 kilometer sejam (kmh) sepanjang dua hari ini, kata NWS lagi.



Tiupan salji dan salji yang terkumpul memaksa penutupan banyak lebuh raya, kata pegawai pengangkutan, yang turut menggesa penduduk supaya jangan keluar rumah.



Ramalan cuaca memberi amaran bahawa suhu boleh merosot serendah -29 darjah Celsius di beberapa wilayah, kadar suhu yang boleh mengakibatkan radang dingin pada kulit tubuh dalam masa 30 minit saja.



Gabungan hujan musim sejuk akan merebak dari Upper Great Lakes hingga ke timur laut, berkemungkinan membawa salji setebal 20 sentimeter ke beberapa tempat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >