Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji landa New York

Nov 21, 2022 | 04:04 PM



BUFFALO (New York): Ribut salji melanda bahagian barat negeri New York, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad (20 Nov), dengan salji tebal melebihi 6 kaki atau 1.8 meter direkodkan di dua lokasi, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara itu. 


Salji di kawasan Orchard Park, yang menjadi tuan rumah pasukan bola sepak liga nasional (NFL) Buffalo Bills bermain, telah meningkat sedalam 77 inci dalam 48 jam yang lalu, dan Natural Bridge, di sebelah timur Watertown, telah meningkat sedalam 72.3 inci; angka bersejarah bagi kawasan itu.


Ketika salji semakin meningkat, dua penduduk daerah meninggal dunia akibat komplikasi jantung yang berkaitan dengan kegiatan menyodok salji dan cuba membersihkan kawasan, kata Eksekutif Daerah, Encik Erie Mark Poloncarz.


“Kami menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan mengingatkan semua bahawa salji ini sangat lebat dan bahaya,” kata Encik Poloncarz. 

“Sila teruskan mengelak daripada menyodok salji yang sangat lebat dan basah ini, dan berhati-hati.


“Elakkan menggunakan terlalu banyak tenaga jika anda mesti menyodoknya hari ini,” katanya, yang ditukil laman berita CNN.


Keadaan cuaca tidak menentu akibat pemanasan global yang berlaku sekarang sememangnya amat membimbangkan masyarakat sedunia kerana memberi kesan secara langsung ke atas mereka. - Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >