Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji landa New York, dana pemanasan global diluluskan

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



BUFFALO (New York): Ribut salji melanda bahagian barat negeri New York, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, dengan salji tebal melebihi 6 kaki atau 1.8 meter direkodkan di dua lokasi, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara itu.



Salji di kawasan Orchard Park, yang menjadi tuan rumah pasukan bola sepak liga nasional (NFL) Buffalo Bills bermain, telah meningkat sedalam 77 inci dalam 48 jam yang lalu, dan Natural Bridge, di sebelah timur Watertown, telah meningkat sedalam 72.3 inci; nombor bersejarah bagi kawasan itu.



Ketika salji semakin meningkat, dua penduduk daerah meninggal dunia akibat komplikasi jantung yang berkaitan dengan kegiatan menyodok salji dan cuba membersihkan kawasan, kata Eksekutif Daerah, Encik Erie Mark Poloncarz.



"Kami menyampaikan rasa simpati yang mendalam dan mengingatkan semua bahawa salji ini sangat lebat dan berbahaya," kata Encik Poloncarz.



"Sila teruskan mengelak daripada menyodok salji yang sangat lebat dan basah ini, dan mengamalkan sikap hati-hati. Elak menggunakan terlalu banyak tenaga jika anda mesti menyodoknya hari ini," katanya, yang ditukil laman berita CNN.



Keadaan cuaca tidak menentu akibat pemanasan global yang berlaku sekarang sememangnya amat membimbangkan masyarakat sedunia kerana memberi kesan secara langsung ke atas mereka.



Sidang kemuncak iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, COP27, di Sharm El-Sheikh, Mesir, kelmarin meluluskan pembentukan dana khas untuk menampung kerosakan yang dihadapi oleh negara-negara yang terkesan susulan pemanasan global.



Rundingan selama dua minggu itu dibuat dalam situasi ketidaktentuan antara kebimbangan proses itu mungkin gagal, dengan harapan untuk mencapai kejayaan besar bagi dana 'kerugian dan kerosakan' iklim yang diperuntukkan.



Perwakilan memberikan tepukan gemuruh selepas dana tersebut diluluskan pada tengah malam selepas rundingan secara maraton selama beberapa hari berhubung cadangan itu.



Menteri Ekonomi Hijau dan Alam Sekitar Zambia, Encik Collins Nzovu, berkata beliau amat teruja susulan keputusan berkenaan.



"Ini adalah keputusan yang sangat positif untuk 1.3 bilion rakyat Afrika. Sangat mengujakan kerana bagi kami, kejayaan di Mesir adalah apa yang kami tanggung daripada pelbagai kerugian dan kerosakan," katanya kepada agensi berita AFP. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >