Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji lumpuhkan pengangkutan Eropah

Mar 03, 2018 | 05:30 AM



EDINBURGH/DUBLIN: Ribut salji dari Siberia menerjang Eropah, termasuk Britain dan Ireland, kelmarin dengan cuaca paling buruk sejak 1991, memerangkap beratus pemandu di jalan raya di Scotland, menutup ribuan sekolah, dan menghentikan kereta api.



Semua penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Dublin manakala lapangan terbang Geneva di Switzerland terpaksa ditutup sementara, kata BBC.



Agensi cuaca kebangsaan Perancis, Meteo France, meletakkan sebahagian besar negara itu dalam keadaan berjaga-jaga kelmarin bagi salji, ais dan angin paras berbahaya.



Ia memberi amaran kepada penduduk supaya mengehadkan perjalanan dan pergerakan memandangkan salji lebat dijangka berterusan hingga semalam.



Beribu-ribu rumah di seluruh Mediterranean tidak mempunyai kuasa kelmarin, penyedia kuasa Enedis berkata dalam satu kenyataan.



Utara Sepanyol juga lumpuh dek salji, dan seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia selepas tergelincir di atas permukaan jalan yang diselimuti salji, kata agensi Berita Sepanyol, Europa Press.



Seorang lelaki lebih tua dijumpai mati di Belanda selepas jatuh menembusi ais ketika meluncur, menurut laporan BBC.



Dengan salji hingga 90 sentimeter tebal dan suhu serendah -10.3 Celcius di Scotland, Britain dan Ireland mengeluarkan amaran merah paling teruk yang menasihati orang ramai supaya duduk di dalam rumah kerana perjalanan terlalu berbahaya.



Berpuluh-puluh orang terperangkap dalam kereta mereka di lebuh raya M80 antara Glasgow dan Edinburgh, dengan beratus orang terperangkap di jalan raya semalaman.



Penerbangan dan kereta api dibatalkan di Britain dan Ireland - dengan masalah pengangkutan serupa di benua Eropah.



Lebih banyak cuaca bersalji diramal apabila ribut Emma menghampiri dari Portugal dan Perancis, dengan amaran cuaca buruk di selatan England dan Ireland.



Tempoh dingin ini, yang diberi julukan 'Binatang dahsyat dari Timur', disebabkan lonjakan suhu di atas Artik yang melemahkan arus udara jet yang membawa udara hangat dari Atlantik ke Ireland dan Britain.



Pejabat Met Britain memberi amaran hujan beku mungkin melintasi selatan England apabila Emma menuju ke utara dari Portugal dan Perancis, sambil menambah bahawa ia kelihatan menjadi tempoh paling sejuk di Britain sejak 1991.



Di Scotland, terdapat penutupan jalan meluas dan tiada kereta api bergerak di dua laluan utama ke dan dari England. Polis menyelamatkan pemandu terperangkap, dan menemui seorang lelaki terdedah dalam apa yang mereka sifatkan sebagai "keadaan cuaca mengancam nyawa".



Ireland bersiap bagi salji terbesarnya sejak 1982 dengan perkhidmatan pengangkutan awam dihentikan dan sekolah di seluruh republik itu ditutup. Keadaan serupa dialami di Switzerland, Perancis, Italy dan Belanda. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >