Topik diikuti
Pergi ke BHkuRibut timpa kemusnahan besar di Brisbane

Nov 29, 2014 | 5:30 AM
Ribut timpa kemusnahan besar di Brisbane
BRISBANE: Pasukan tentera Australia dikerah bagi membantu operasi menyelamat menyusuli ribut terburuk di pesisir pantai timur Australia yang sehingga kini menyebabkan jumlah kerosakan dianggarkan mencecah A$100 juta ($110 juta).
Ribut yang menurut pegawai Australia antara terburuk pernah disaksikan di negara itu dan terkuat melanda bandar raya Brisbane dalam tiga dekad turut menyebabkan hujan batu sebesar bola tenis sehingga menimpa kereta dan bangunan lewat kelmarin.