Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribut Tropika Pabuk sebabkan banjir, bekalan elektrik terputus di Thailand

Jan 5, 2019 | 2:24 PM
RIBUT PABUK: Tiang elektrik tumbang di Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat, selepas daerah itu dilanda ribut tropika Pabuk.
RIBUT PABUK: Tiang elektrik tumbang di Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat, selepas daerah itu dilanda ribut tropika Pabuk. - Foto EPA-EFE

NAKHON SI THAMMARAT: Banjir dan bekalan elektrik terputus yang berpunca daripada Ribut Tropika Pabuk menyebabkan hampir 30,000 orang terpaksa dipindahkan di bahagian selatan Thailand hari ini (5 Januari).

Namun, pelancong yang terperangkap di pulau di bahagian utara negara itu pula dapat menghembuskan nafas lega dan mula merancang perjalanan pulang ke negara masing-masing.

Pabuk yang melanda bahagian selatan Thailand itu menghasilkan angin dengan kelajuan 75 kilometer sejam serta menyebabkan hujan lebat.

Namun, ia tidak menjejas pulau peranginan negara itu seperti Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao, di mana sejumlah besar pelancong terperangkap dek tidak dapat mennggalkan pulau berkenaan kerana lapangan terbang ditutup dan khidmat feri pula dibatalkan.

Kesemua lapangan terbang di Nakhon Si Thammarat dan kawasan berdekatannya termasuk Surat Thani dan Koh Samui ditutup sebelum Pabuk melanda, dengan semua penerbangan ditutup.

Namun, lapangan terbang Koh Samui kembali beroperasi seperti biasa awal hari ini, dengan beberapa penerbangan ditambah untuk membantu penumpang yang terperangkap.

Kebanyakan khidmat feri ke pulau peranginan di bahagian selatan Thailand juga kembali beroperasi seperti biasa selepas digantung buat sementara waktu.

Ketua daerah Koh Phangan, Encik Krikkrai Songthanee, berkata:

"Kini semuanya telah berakhir. Kesemua 10,000 pelancong selamat... dan saya lega." - AFP, REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg