Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KERAJAAN BARU MALAYSIA

Ringgit M'sia naik 0.38% banding dolar AS

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Ringgit meningkat 0.38 peratus berbanding dolar Amerika apabila pasaran dibuka pagi semalam yang mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik dalam negara selesai.



Selain situasi politik, pasaran turut memberi reaksi ekoran isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.



Pada 9 pagi semalam, ringgit meningkat kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.



Pengarah Urusan SPI Asset Management, Encik Stephen Innes, berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, kelmarin.



"Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)," katanya.



Namun begitu, beliau berkata pasaran dijangka lengang kerana Amerika akan meraikan cuti Hari Kesyukuran pada hujung minggu ini.



Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2522/2561 semalam daripada 3.2678/2749 pada penutup Khamis dan tinggi berbanding euro pada 4.6573/6625 daripada 4.6792/6886 sebelumnya.



Ringgit turut menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4169/4229 daripada 5.4305/4414 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2199/2237 daripada 3.2412/2479 semalam.



Ringgit sebelum ini meningkat 1.8 peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan berbanding dolar AS menyusuli pelantikan Datuk Anwar sebagai Perdana Menteri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >