Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringkas

Feb 13, 2022 | 5:30 AM
a8333702-e817-4896-a554-0247ba0b27e9
-

Kebakaran kilang di Tokyo: Empat maut

TOKYO: Empat pekerja maut dalam kebakaran di kilang keropok beras di Jepun, kata polis malam kelmarin.

Pasukan bomba bekerja keras sepanjang malam memadamkan api.

Kira-kira 30 pekerja berada di lokasi ketika kebakaran berlaku di kilang yang terletak di utara Niigata tengah malam kelmarin, lapor media tempatan.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

"Kami mengesahkan empat orang terbunuh," kata jurucakap polis tanpa mendedahkan butiran terperinci.

Stesen penyiar awam, NHK melaporkan polis sedang mengesan dua lagi pekerja dan seorang lagi dihantar ke hospital berikutan terhidu asap tebal.

Sementara itu, seorang pegawai jabatan bomba tempatan memaklumkan, pasukannya berusaha memadamkan kebakaran yang kini memasuki lapan jam sejak kebakaran bermula. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg