Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rishi Sunak akan jadi PM Britain ke-3 dalam 2 bulan, pemimpin pertama bukan kulit putih

Oct 24, 2022 | 09:52 PM



LONDON: Encik Rishi Sunak akan menjadi perdana menteri Britain ketiga dalam tempoh kurang dua bulan dan pemimpin bukan kulit putih pertama selepas calon lain menarik diri daripada bertanding untuk menerajui Parti Konservatif.



Encik Sunak, antara ahli politik terkaya di Westminster, akan diminta membentuk kerajaan oleh Raja Charles pada hari Isnin (24 Oktober), menggantikan Cik Liz Truss, pemimpin yang hanya bertahan 44 hari dalam jawatan itu.



Beliau menewaskan ahli politik berhaluan tengah Cik Penny Mordaunt, yang gagal mendapat sokongan yang mencukupi daripada penggubal undang-undang untuk menyertai pertandingan, manakala pesaingnya, bekas perdana menteri Boris Johnson, menarik diri daripada pertandingan dengan mengatakan beliau tidak lagi boleh menyatukan parti tersebut.



“Keputusan ini bersejarah dan menunjukkan, sekali lagi, kepelbagaian dan bakat parti kami. Rishi mendapat sokongan penuh saya,” kata Cik Mordaunt dalam satu kenyataan sedang beliau menarik diri daripada pertandingan itu hanya beberapa minit sebelum pemenang diumumkan.



Pound dan harga bon kerajaan British melonjak seketika berikutan berita penarikan diri Cik Mordaunt, tetapi tidak lama kemudian kembali kepada paras sebelumnya.



Encik Sunak, bekas menteri kewangan berusia 42 tahun, akan ditugaskan untuk memulihkan kestabilan kepada negara yang menghadapi gejolak politik dan ekonomi selama bertahun-tahun itu.- Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >