Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rishi Sunak, Boris Johnson dahului persaingan jadi perdana menteri Britain seterusnya

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas menteri kewangan, Encik Rishi Sunak, yang juga ahli politik Parti Konservatif, semalam mencapai tahap ambang undian untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Britain.



Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri, Encik Boris Johnson juga dikhabarkan mengambil langkah berani untuk membuat penampilan semula.



Cik Penny Mordaunt yang juga anggota Kabinet menjadi yang pertama mengisytiharkan pencalonannya secara rasmi, selepas parti pemerintah United Kingdom (UK) dipaksa menyertai pertandingan kepimpinan kedua berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Cik Liz Truss secara dramatik.



Anggota Kabinet dan dalam kalangan Ahli Parlimen mengisytihar sokongan kepada Encik Sunak selepas Cik Truss mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri



"Satu penghormatan untuk menjadi Ahli Parlimen Tory ke-100 menyokong #Ready4Rishi," kata seorang penyokong, Encik Tobias Ellwood menerusi hantarannya di Twitter.



Encik Sunak secara automatik menjadi ketua parti dan perdana menteri jika seterunya gagal memenangi 100 pencalonan daripada barisan Ahli Parlimen Parti Tory.



Menteri Keselamatan, Encik Tom Tugendhat, yang 'mencalonkan' diri sebagai ketua selepas Encik Johnson digulingkan Julai lalu, meminta supaya bekas perdana menteri yang terpalit skandal tidak menyertai 'perlumbaan'.



"Ini bukan masa untuk permainan politik, untuk markah atau untuk melihat ke belakang," kata Encik Tugendhat yang menyokong Encik Sunak.



Sama ada Encik Sunak ataupun Encik Johnson, kedua-dua individu belum mengisytihar kepada umum akan merebut jawatan perdana menteri.



Encik Johnson dikatakan memendekkan percutian di kepulauan Caribbean hanya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.



Isnin depan bakal menyaksikan Ahli Parlimen Parti Tory mengadakan undian sebelum kemungkinan berlangsung undian dalam talian untuk anggota parti.



Salah seorang sekutu rapat Encik Johnson di Parlimen, Encik James Duddrigde, berkata beliau ada berhubung dengan bos lamanya melalui WhatsApp.



"Beliau ada berkata... kami akan melakukan ini. Saya bersedia untuk itu," katanya ketika seorang wartawan Sky New menyiarkan gambar Encik Johnson dalam penerbangan pulang dari Republik Dominica.



Mengulas mengenai persaingan daripada Encik Johnson, seorang penggubal undang-undang Parti Konservatif Encik Paul Bristow berkata:



"Saya rasa beliau mempunyai rekod prestasi yang mampu mengubah keadaan. Beliau boleh mengubahnya lagi. Saya pasti rakan sekerja saya mengetahui mesej itu dengan jelas."



"Boris Johnson adalah seseorang yang ditakuti Parti Buruh, Boris Johnson mampu memenangi pilihan raya seterusnya," tambah Encik Bristow.



Begitupun, Encik Johnson berkemungkinan berdepan dengan kesulitan mendapat 100 undian selepas tempoh pentadbirannya selama tiga tahun terpalit dengan skandal dan dakwaan berhubung salah laku.



Berdasarkan undian dijalankan di laman web Guido Fawkes, sokongan Ahli Parlimen Tory terhadap Encik Sunak memperoleh 103, Encik Johnson (68) dan Cik Mourdaunt (25) setakat semalam.



Encik Sunak, mantan penganalisis Goldman Sachs yang menjadi menteri kewangan ketika pandemik Covid-19 melanda Eropah, adalah calon kegemaran bagi jawatan Perdana Menteri itu, diikuti Encik Johnson. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >