Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rishi Sunak sah Perdana Menteri Britain baru

Oct 25, 2022 | 07:00 AM



LONDON: Ahli politik Parti Konservatif, Encik Rishi Sunak, mengukuhkan kedudukannya untuk diilantik sebagai Perdana Menteri baru Britain selepas dua pencabarnya menarik diri daripada pencalonan kepimpinan Parti Tory untuk merebut jawatan tersebut.



Pencabar utamanya, Encik Boris Johnson dan Cik Penny Mordaunt, masing-masing menarik diri daripada pencalonan kepimpinan Parti Tory untuk merebut jawatan tersebut.



Bekas Canselor itu, yang melancarkan kempennya secara rasmi pagi semalam, menerima sokongan daripada lebih 150 Ahli Parlimen Tory dan angka tersebut dijangka meningkat selepas penarikan diri Johnson.



Encik Johnson berkata walaupun beliau mempunyai sokongan yang cukup bagi undian terakhir, beliau menyedari bahawa negara dan Parti Konservatif memerlukan perpaduan.



Encik Johnson telah bergegas pulang daripada percutian di Caribbean untuk cuba mendapatkan sokongan 100 penggubal undang-undang untuk menyertai pertandingan semalam bagi menggantikan Cik Liz Truss, wanita yang mengambil alih tempatnya setelah beliau terpaksa berhenti menyusuli beberapa skandal.



Beliau berkata beliau telah mendapatkan sokongan 102 penggubal undang-undang dan boleh "kembali ke Downing Street", tetapi beliau gagal memujuk sama ada Encik Sunak, atau lagi seorang pesaing Cik Penny Mordaunt, untuk bersatu "demi kepentingan negara".



"Saya yakin banyak yang boleh saya tawarkan tetapi saya khuatir bahawa ini bukan masa yang sesaui," kata Encik Johnson lewat kelmarin.



Bekas perdana menteri itu telah mendapatkan sokongan awam hanya sedikit kurang daripada 60 penggubal undang-undang Konservatif sehingga kelmarin, kurang separuh daripada hampir 150 sokongan yang diterima Encik Sunak.



Sterling meningkat lebih setengah sen berbanding dolar pada perdagangan awal di Asia.



Kenyataan Encik Johnson kemungkinannya membuka jalan bagi pesaingnya, bekas menteri kewangan berusia 42 tahun, Encik Sunak, untuk menjadi perdana menteri.



Jika disahkan, beliau akan menggantikan Cik Truss, yang terpaksa meletak jawatan setelah beliau melancarkan program ekonomi yang mencetuskan kekacauan dalam pasaran kewangan.



Berdasarkan peraturan, sekiranya hanya satu calon mendapat sokongan 100 penggubal undang-undang Konservatif, mereka akan dinamakan sebagai perdana menteri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >