Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Risiko jangkitan Omicron lima kali lebih tinggi dari Delta

Dec 19, 2021 | 5:30 AM
95745a51-93eb-4464-8441-3667cc0eb6b5
-

LONDON: Risiko jangkitan semula dengan varian koronavirus Omicron adalah lima kali lebih lebih tinggi dan tiada bukti ia kurang teruk daripada Delta, menurut satu kajian.

Dapatan kajian daripada Kolej Imperial London itu berdasarkan data Agensi Keselamatan Kesihatan UK dan Perkhidmatan Kesihatan Nasional berkenaan mereka yang diuji positif Covid-19 dalam reaksi rantai polimerase (PCR) di England antara 29 November dan 11 Disember.

"Kami tidak menemui bukti (untuk kedua-dua risiko kemasukan ke hospital dan status gejala) bahawa Omicron mempunyai keterukan yang berbeza daripada Delta," kata kajian itu, walaupun ia menambah bahawa data mengenai kemasukan ke hospital masih sangat terhad.

Menurut kajian yang bertarikh 16 Disember itu, Omicron dikaitkan dengan risiko jangkitan semula 5.4 kali ganda lebih tinggi berbanding Delta.

Sebelum ini, sebuah kajian yang dijalankan di Jepun pula mendapati Omicron empat kali lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

Sementara itu, syarikat farmaseutikal, Pfizer, meramalkan pandemik Covid-19 tidak akan dapat ditangani sehingga 2024 dan berkata, versi dos vaksin lebih rendah untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun telah menyebabkan respons kelalian lebih lemah dari yang dijangkakan.

Ini sekali gus berpotensi melewatkan perintah pelaksanaannya, menurut syarikat itu kelmarin.

Pfizer menyatakan ia kini sedang menjalankan ujian pemberian tiga dos vaksin bagi semua kumpulan umur di bawah 16 tahun, termasuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun.

Ia sebelum ini menjangkakan data dari kumpulan umur tersebut tahun ini, tetapi ia berkata tidak menjangkakan kelewatan yang berlaku boleh merubah perancangan bagi mengemukakan permohonan untuk mengizinkan penggunaan kecemasan bagi suku kedua 2022.

"Data yang ada menggambarkan kesan akibat pemberian penggalak dan vaksin kami berfungsi lebih baik sekiranya digunakan dengan tiga dos," kata ketua pegawai saintifik, Encik Mikael Dolsten, dalam satu panggilan persidangan.

Pfizer membangunkan vaksin bersama-sama syarikat Jerman, BioNTech.

Kedua-dua syarikat ini telah membangunkan satu versi vaksin yang dikhususkan untuk memerangi varian Omicron yang pantas menular, meskipun mereka belum memutuskan sama ada ia diperlukan.

Mereka menjangka boleh memulakan uji kaji klinikal ke atas vaksin yang telah dipertingkat pada Januari ini, kata eksekutif Pfizer.

Syarikat itu berkata, ia kini menjangkakan vaksin itu meraih pendapatan AS$31 bilion (S$42 bilion) tahun depan.

Suntikan khusus varian, jika diperlukan, boleh melonjakkan penjualan pada 2022.

Pfizer dan BioNTech melakukan ujian ke atas satu dos 3-mikrogram vaksinnya ke atas kanak-kanak berusia dua dan lima tahun selepas menggunakan dos 10-mikrogram ke atas kanak-kanak lima hingga 11 tahun dan dos 30 mikrogram ke atas sesiapa yang berusia 12 tahun ke atas.

Bagi kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan, versi dos rendah vaksin menyebabkan respons pelalian yang tekal dengan penerima vaksin lebih tua, kata syarikat itu.

Sekiranya kajian tiga dos ini berjaya, Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan data kepada pihak pengawalan undang-undang supaya menyokong Perintah Penggunaan Kecemasan ke atas kanak-kanak berusia enam bulan hingga di bawah lima tahun bagi separuh pertama 2022.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengumumkan pemberian kelulusan kecemasan kepada vaksin COVID-19 buatan India, Covovax.

Vaksin terbabit dihasilkan oleh Serum Institute of India bawah lesen daripada Novavax yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). - Reuters, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg