Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RM114 juta dirampas dari kondo berkaitan Najib

May 26, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Teka-teki di sebalik jumlah sebenar wang tunai yang dirampas oleh polis hasil serbuan ke atas tiga unit kondominium yang ada kaitan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak, akhirnya terjawab semalam.



Ini apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh, mengesahkan bahawa 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kondominium di Pavillion Residences pada 18 Mei lalu, berisi RM114 juta (S$38.4 juta).



Beliau yang mempengerusikan satu sidang media khas di ibu pejabat JSJK pagi semalam menyatakan bahawa 37 lagi beg yang dirampas mengandungi barang-barang kemas dan jam tangan mewah.



Namun, Datuk Amar menegaskan bahawa semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai yang tular di media sosial dan disiarkan di media cetak sebelum ini adalah palsu.



Mengenai wang tunai yang dirampas itu, beliau menyatakan ia membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit.



Namun, tugas lebih berat ialah mengira wang tunai yang disifatkan terlalu banyak itu.



"Selepas membuat pengiraan dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Mei lalu, saya dapat sahkan wang tunai bernilai RM114 juta dari 26 mata wang pelbagai negara terkandung dalam 35 beg tersebut.



"Sebanyak 11 mesin kira telah digunakan dengan bantuan 21 pegawai daripada Jabatan Pengurusan dan Urusan Mata Wang BNM untuk mengira wang tunai yang dirampas itu dan merekodkannya," ujar beliau.



Bagaimanapun, nilai barang-barang kemas dan jam-jam tangan mewah itu belum dapat pihaknya pastikan.



"Kami sedang dalam proses mengesahkan ketulenan jam-jam tangan dan barang-barang perhiasan emas itu dan mendapatkan harga taksiran," kata Datuk Amar.



Beliau turut memberitahu bahawa kebanyakan beg tangan yang dirampas adalah dari jenama Hermes.



"Kami sedang berbincang dengan Hermes dan akan menghantar gambar beg tangan yang disita ke Paris untuk pengesahan dan penilaian harganya," kata beliau lagi.



Datuk Amar juga memaklumkan semua rampasan melibatkan pemeriksaan dan serbuan di 12 lokasi adalah berkaitan siasatan kes melibatkan 1MDB.



Pasukannya mula menjalankan siasatan yang diikuti dengan satu siri serbuan termasuk di rumah kediaman Datuk Najib di Langgak Duta pada hari pertama Ramadan serta seterusnya di Pejabat Perdana Menteri dan tiga unit kondominium mewah di Pavilion Residences di pusat Kuala Lumpur.



Dua daripada unit kondominium itu diduduki oleh anak lelaki dan anak perempuan Datuk Najib, manakala pangsapuri ketiga tidak didiami.



Najib sebelum ini pernah memberitahu polis bahawa kesemua wang yang dirampas itu adalah derma daripada rakan-rakannya dan bertujuan untuk kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) yang baru berlalu.- Agensi berita.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >