Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Robohkan bahagian masjid: Polis China tahan penentang

May 31, 2023 | 01:30 PM



BEIJING: China mengerahkan beratus-ratus pegawai polisnya dan melakukan tangkapan di sebuah bandar di barat daya yang kebanyakan penduduknya Muslim selepas berlakunya pertempuran ekoran tindakan merobohkan bahagian sebuah masjid.


Bandar Nagu di wilayah Yunan meneruskan rancangan merobohkan empat menara dan kubah Masjid Najiaying, kata seorang penduduk yang tidak mahu namanya disebutkan.

Daerah tersebut adalah pemukiman besar masyarakat keturunan Hui – etnik Muslim yang menerima tekanan di tengah-tengah tindakan keras terhadap mereka.

Sabtu lalu, sekumpulan pegawai polis menggunakan alat seperti pecungkil dan perisai, menolak orang ramai yang berhimpun di sekitar masjid itu, kata beberapa saksi dan rakaman video yang ditularkan di media sosial.

“Mereka mahu meneruskan kerja merobohkan secara paksa dan ini menyebabkan penduduk mahu menghentikannya,” kata seorang wanita yang tidak mahu dikenali kepada agensi AFP.


“Masjid ini adalah bak rumah bagi orang Muslim seperti kami,’‘ tambahnya.

“Jika mereka cuba merobohkannya, kami tentunya tidak akan membiarkan mereka berbuat demikian,’’ katanya lagi, sambil menyatakan “bangunan hanyalah bangunan. Ia tidak mengancam sesiapa atau penduduk. Kenapa mereka perlu merobohkannya?”

Polis melakukan beberapa tangkapan berkaitan insiden tersebut dan beratus-ratus pegawai polis masih kekal berada di bandar itu sejak Isnin lalu, kata dua saksi.

Penduduk di sekitar masjid itu berdepan beberapa masalah, termasuk gangguan Internet dan isu perhubungan, sejak pertempuran tersebut.

Satu notis yang dikeluarkan Ahad lalu oleh pihak berkuasa Tonghai yang mentadbir bandar Nagu menyebut bahawa ia telah memulakan siasatan “suatu kes yang menjejas pengurusan sosial dan ketertiban awam”.

Notis tersebut mengarahkan mereka yang terlibat supaya “segera hentikan kesemua perbuatan haram dan jenayah” sambil menekankan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang enggan menyerah diri.

Mereka yang menyerah diri secara sukarela sebelum 6 Jun akan diberi keringanan, tambah notis itu.

Ketika dihubungi Selasa lalu, seorang pegawai jabatan penerangan Tonghai menyangkal dakwaan berlakunya gangguan Internet dan enggan mengulas lanjut.

Pengkritik pemerintah China mendakwa negara itu cuba mengekang amalan agama sejak Presiden Xi Jinping memegang kuasa sedekad lalu. Sebaliknya Bejing menyatakan mereka sedang berusaha menentang fahaman pengganasan dan pelampau.

Ditaksirkan sekitar satu juta etnik keturunan Uighur, Hui dan minoriti Islam lain ditahan di barat Xinjiang sejak 2017 di bawah satu kempen pemerintah yang disifatkan Amerika Syarikat dan kumpulan sayap kanan sebagai satu tindakan pembunuhan beramai-ramai.

Sedang kesan terhadap masyarakat di luar Xinjiang dilihat sebagai sederhana, ramai menyaksikan masjid-masjid mereka dirobohkan dan “dipaksa ubah suai” mengikut gagasan mewujudkan estetika Cina, kata Encik David Stroup, pengkaji etnik Hui di Universiti Manchester, Britain. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >