Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rogol anak tiri 105 kali, lelaki dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



KLANG: Bapa durjana. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan terhadap seorang penganggur apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini merogol anak tirinya sebanyak 105 kali sejak tiga tahun lalu.



Hakim Datin M. Kunasundary memerintahkan tertuduh berusia 33 tahun dipenjara 1,050 tahun dan 24 sebatan.



Dalam prosiding lebih empat jam kelmarin, tertuduh mengaku bersalah selepas 105 pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.



Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh tangkapan pada 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.



Selain itu, tertuduh turut dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah keseluruhan 210 sebatan, namun hanya 24 hukuman sebatan dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sejak 2018 hingga tahun lalu di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga disebat jika sabit kesalahan.



Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkahwin dengan ibu mangsa sejak November 2016



dan tinggal bersama dua anaknya termasuk mangsa di rumah tersebut.



Tertuduh didakwa merogol mangsa sebanyak 105 kali sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 di rumahnya dan semasa kejadian hanya terdapat mereka berdua.



Mangsa tidak pernah menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana diugut dan dipukul oleh tertuduh dan menceritakan kepada ibu kandung mangsa telah membawa mangsa serta adik perempuannya ke rumah ibu saudara mereka.



Sementara itu, dalam penghakiman, Hakim M. Kunasundary menegaskan kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan keji dan selain berat kerana memalapkan hidup seorang kanak-kanak.



"Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sapatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah berasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu," ujarnya.



Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Mohamad Afiq Zuber berkata kes terbabit melibatkan kepentingan awam dan merupakan jenayah serius. - Utusan online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >