Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Roket SpaceX meletup tapi misi 'berjaya'

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



BOCA CHICA (Texas): Roket prototaip SpaceX Starship meletup semasa mendarat selepas satu pelancaran eksperimen altitud tinggi yang dianggap berjaya di Boca Chica, Texas kelmarin, dalam ulangan kemalangan yang memusnahkan roket ujian sebelumnya.



Starship N9 yang meletup pada pendaratan terakhirnya, seperti yang berlaku kepada SN8 sebelum ini, adalah prototaip untuk roket angkat berat yang dibangunkan oleh syarikat angkasa swasta milik jutawan Elon Musk untuk membawa manusia dan 100 ton kargo dalam misi masa depan ke bulan dan Marikh.



Roket setinggi 16 tingkat yang dipandu sendiri itu pada mulanya melambung ke langit Texas Selatan yang cerah dari pelantar pelancar dalam apa yang dilihat daripada liputan siaran langsung Nasa-SpaceX sebagai pelancaran yang sempurna.



Mencapai puncak penerbangannya, kapal angkasa lepas itu kemudian melayang sesaat di udara, mematikan enjinnya dan melakukan gerakan gaya "belly-flop' yang dirancang supaya menjunam di bawah kawalan aerodinamik untuk kembali ke Bumi.



Masalah timbul apabila Starship, selepas memutarkan muncungnya ke atas sekali lagi untuk memulakan urutan pendaratannya, cuba mengaktifkan semula dua daripada tiga penujah roket Raptor, tetapi satu gagal menyala.



Roket itu kemudian terhempas ke darat menyebabkan kebakaran besar berlaku - 6 minit dan 26 saat selepas dilancarkan.



Tiada kecederaan dilaporkan.



Starship SN8, prototaip pertama untuk terbang dalam pelancaran ujian altitud tinggi, juga mengalami nasib sama Disember lalu.



Pengulas SpaceX untuk siarweb pelancaran kelmarin berkata bahawa penerbangan roket kepada ujian altitudnya, bersama dengan sebahagian besar kemasukan semula subsonik kapal, "kelihatan sangat baik dan stabil, seperti yang kita lihat Disember lalu."



"Kami hanya perlu memperbaiki sedikit pendaratan itu," kata pengulas itu, sambil menambah,"Ini adalah penerbangan ujian, kali kedua kami menerbangkan Starship dalam konfigurasi ini." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >