Topic followed successfully
Go to BHkuRombakan dijangka, Mukhriz kekal MB Kedah?
Premium
Rombakan dijangka, Mukhriz kekal MB Kedah?
May 13, 2020 | 5:30 AM
Rombakan dijangka, Mukhriz kekal MB Kedah?
TIADA LAGI MILIKI MAJORITI: Langkah dua anggota Adun PKR umum keluar parti, ia bermakna Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (atas), tidak lagi memiliki majoriti dalam dewan seramai 36 anggota itu. - Foto INTERNET -
PENTADBIRAN Pakatan Harapan (PH) Kedah kini goyah setelah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat Pusat.
Adun kawasan undi Lunas, Encik Azman Nasrudin, dan Adun kawasan undi Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, mengumumkan peletakan jawatan mereka pada sidang media bersama yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam, Sungai Petani, hari ini.
