Topik diikuti
Pergi ke BHkuRosmah akan dikenakan tuduhan berkaitan pengubahan wang haram
Rosmah akan dikenakan tuduhan berkaitan pengubahan wang haram
Dijadual dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi pertuduhan itu
Rosmah akan dikenakan tuduhan berkaitan pengubahan wang haram
DITAHAN: Datin Rosmah semalam tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi tujuan siasatan, namun kemudiannya ditahan berhubung tuduhan pengubahan wang haram. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 4, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, ditangkap pada 3.20 petang semalam ketika memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut peguam beliau.
Pada pagi sebelum itu, suami beliau dipanggil secara berasingan untuk memberi keterangan berhubung siasatan skandal dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla).
