Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah dibenar lawat S'pura

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor mendapatkan sementara pasportnya semula untuk ke Singapura bagi melawat ahli keluarga, termasuk seorang cucu yang sakit.



Keputusan itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.



Panel terbabit membenarkan pasport Datin Seri Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dikembalikan kepadanya untuk ke Singapura bermula Khamis ini hingga 5 Mei depan, dan akan dipulangkan semula kepada mahkamah pada 10 Mei.



Terdahulu peguam bela Datin Rosmah, Datuk Jagjit Singh, memohon pasport dikembalikan sementara bagi membolehkan anak guam melawat anak perempuan, menantu dan dua cucu lelaki, termasuk seorang yang sakit di negara berkenaan.



"Permohonan supaya Rosmah dapat ke Singapura pada 23 Mac dan pulang kembali ke negara ini pada 5 Mei depan. Anak guam akan meluangkan masa di negara itu selama enam minggu memandangkan ada cuti Aidilfitri.



"Saya difahamkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan yang dibuat, dan pasport akan dikembalikan seminggu selepas anak guam pulang dari Singapura," katanya.



Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Poh Yih Tinn, mengesahkan tidak membantah permohonan berkenaan.



"Saya mohon pasport Rosmah dipulangkan semula ke mahkamah pada 10 Mei depan," katanya.



Pada 1 September tahun lalu, mendapati Rosmah, 72, Mahkamah Tinggi bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 11 hingga 14 Julai ini. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >