Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah dihukum penjara 10 tahun, denda $305 juta

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta ($305.1 juta) selepas didapati bersalah terhadap tiga tuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.



Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.



Keputusan semalam disampaikan selepas lebih seminggu suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, jalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes penyelewengan dana SRC International.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan tersebut, memerintahkan hukuman itu berjalan serentak iaitu selama 10 tahun berkuat kuasa pada tarikh penghakiman semalam. Sekiranya Datin Rosmah gagal bayar denda itu tambahan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Rosmah sedih, rayu mahkamah beri belas ihsan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >