Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah disoal siasat agensi rasuah buat kali kedua

Sep 27, 2018 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hadir di agensi antirasuah Malaysia pagi semalam untuk disoal bagi kali kedua berkaitan siasatan rasuah berhubung dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Ini berlaku di tengah-tengah tanda bahawa lebih banyak pertuduhan mungkin difailkan dalam siasatan ke atas kehilangan berbilion dolar hilang daripada 1MDB.



Datuk Najib, yang parti perikatannya dikalahkan dalam pilihan raya umum Mei lalu, telah dituduh melakukan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah jenayah berkaitan dana kerajaan itu.



Dia tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu.



Datin Rosmah tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 pagi, diapit oleh peguamnya dan kelihatan serius.



Semasa pusingan pertama Jun lalu, beliau disoal selama tiga jam.



Minggu lalu, seorang pegawai SPRM berkata lebih banyak pertuduhan mungkin dikenakan terhadap individu berhubung 1MDB.



Apabila ditanya sama ada Datin Rosmah boleh menghadapi pertuduhan, pegawai itu berkata: "Saya tidak menafikannya.".



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull, dipetik sebagai berkata pada Isnin lalu bahawa siasatan terhadapnya telah selesai dan laporan telah diserahkan kepada Peguam Negara (AG).



Beliau berkata terpulang pada AG untuk mendakwanya.



Dilaporkan juga pada 20 September bahawa SPRM tidak menolak kemungkinan Datin Rosmah, 66 tahun, didakwa tidak lama lagi.



Beliau menarik perhatian ramai disebabkan pelbagai beg tangan berjenama, termasuk Hermes Birkin, dan barang kemas mempesona dirampas polis semasa serbuan ke atas kediaman dan hartanah yang ada kaitan dengan Datuk Najib selepas pilihan raya itu dan pemerintah baru melancarkan semula siasatan ke atas penyelewengan di 1MDB.



Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa lebih AS$4.5 bilion ($6.14 bilion) disalahgunakan daripada 1MDB dan kira-kira AS$680 juta masuk ke dalam akaun bank peribadi Datuk Najib.



Bekas perdana menteri itu dan isterinya sekarang dilarang meninggalkan Malaysia.



Rampasan daripada rumah mereka semasa serbuan itu berjumlah AS$275 juta - terbesar di Malaysia - dan termasuk 567 beg tangan, 423 jam tangan dan 12,000 keping barang kemas.



Barang kemas itu termasuk 1,400 rantai leher, 2,200 cincin, 2,800 anting-anting dan 14 mahkota.



Datuk Najib berkata kebanyakan barang-barang yang disita itu ialah hadiah yang diberi kepada isteri dan anak perempuannya dan tidak ada kaitan dengan 1MDB.



Selain Datuk Najib dan Datin Rosmah, anak mereka Riza Aziz, juga disoal oleh SPRM selama empat hari Julai lalu.



Tindakan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan syarikat pengeluaran filem Encik Riza, Red Granite Pictures Inc, yang disyaki pihak berkuasa menerima dana bernilai AS$100 juta daripada 1MDB.



Riza dikatakan menggunakan dana itu untuk menghasilkan filem Hollywood dengan bajet besar, termasuk Dumb and Dumber To, Daddy's Home dan The Wolf of Wall Street, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio. - Reuters, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >