Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah ikrar bela diri terhadap saman barang kemas ‘hilang’

Apr 18, 2023 | 06:36 PM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Tun Razak, berikrar untuk membela diri terhadap saman yang difailkan oleh syarikat pemborong barang kemas Lebanon, Global Royalty Trading SAL, berhubung 43 barang kemas yang hilang.


Firma guaman Reza Rahim & Rajivan, yang mewakili Datin Rosmah, berkata:

“Anak guam kami akan menentang dan mempertahankan saman yang difailkan terhadapnya dengan bersungguh-sungguh.”


Firma itu menambah Datin Rosmah masih belum diserahkan writ dan pernyataan tuntutan berhubung perkara ini.


Ketika ini, firma itu berkata anak guamnya juga menyatakan bahawa saman yang sama sebelum ini difailkan syarikat sama dan ia ditarik balik dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Sambil memberi amaran kepada semua pihak agar tidak membuat kenyataan spekulatif mengenai perkara itu, firma itu menyatakan bahawa ia boleh dianggap sebagai sub-judis prosiding undang-undang atau memfitnah Datin Rosmah.


Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa syarikat yang berpangkalan di Beirut itu telah memfailkan semula saman itu dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan David Gurupatham dan Koay.


Dalam saman asalnya, Global Royalty mendakwa pada 10 Februari 2018, ia menghantar 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 ($165,000) dan AS$925,000 kepada defendan, yang diserahkan sendiri melalui dua ejennya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >