Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah kena periksa, sahkan barang kemas bernilai S$20 juta

Feb 14, 2019 | 03:24 PM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini diperintah dan diberi tempoh tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, gelang dan tiara bernilai hampir RM60 juta (S$20 juta) miliknya yang didakwa dirampas polis tahun lalu.



Menurut laporan media Malaysia, peguam David Gurupatham mewakili syarikat pemborong barangan kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL berkata berikutan arahan Pesuruhjaya Kehakiman, Wong Chee Lin itu, kini Rosmah dan bukan anak guamnya yang perlu membuktikan di mana barangan kemas berkenaan berada.



Peguam itu berkata, mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan pihaknya bahawa perbicaraan tetap diteruskan walaupun barangan kemas itu yang dirampas polis pada Mei tahun lalu, ada atau tidak.



Katanya, ia berikutan isteri bekas Perdana Menteri itu mengesahkan menerima dan menandatangani konsainan bagi barangan kemas terbabit.



“Rosmah mengesahkan menerima dan menandatangani konsainan barangan kemas itu atas permintaan beliau.



“Sekarang beliau menyatakan bahawa barangan kemas itu dirampas polis dan sehubungan itu mendakwa beliau tidak perlu membuat pembayaran.



“Mengikut peruntukan undang-undang, ia juga bukan tugas polis untuk membuktikan (kewujudan barangan kemas berkenaan),” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >