Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rosmah tekad tuntut hak barang kemas, beg mewah disita polis

Sep 04, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selepas mengemukakan rayuan bagi hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan ke atasnya bagi tiga tuduhan rasuah, Datin Seri Rosmah Mansor bertekad meneruskan perbicaraan bagi menuntut balik 2,436 barang kemas dan 29 beg mewah yang didakwa miliknya di Mahkamah Tinggi pada 26 dan 27 September.



Ini dinyatakan Encik Azamuddin Abdul Aziz, peguam bela isteri bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu, yang mengesahkan perbicaraan anak guamnya itu akan diteruskan sebagaimana dijadualkan.



Menurut Encik Azamuddin, lebih 2,400 barang kemas dan 29 beg mewah itu dirampas oleh polis semasa satu serbuan di kediaman Datin Rosmah, Pavilion Residences, pada Mei 2018 dan masih dalam kawalan kerajaan.



Pada 2019, pendakwa raya memfailkan permohonan merampas pelbagai barang, termasuk 11,991 barang kemas, 401 tali jam dan 16 perkakas jam, 234 cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM114,164,393.44 yamg dirampas.



Semasa operasi pada 2018 itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ketika itu, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mendedahkan bahawa jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion, katanya.



Ia meliputi sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada 72 beg dirampas polis.



Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.



"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400 rantai, gelang tangan 2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit.



Pada masa itu, Datuk Seri Amar Singh mendedahkan bahawa "Barang paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4 juta," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >