Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Rosmah tidak mengaku bersalah terima suapan projek di Sarawak

Apr 11, 2019 | 5:30 AM
Foto EPA-EFE
Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Bekas isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menerima suapan bernilai RM5 juta ($1.6 juta) sebagai upah kerana membantu mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Rosmah, 68 tahun, didakwa menerima suapan itu daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60 tahun, melalui Datuk Rizal Mansor, 45 tahun, sebagai upah kerana membantu mendapatkan projek bersepadu sistem solar photovoltaic (PV) Hibrid dan penyelenggaraan serta operasi tenaga bagi sekolah di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg