Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Roti canai makanan jalanan kedua terbaik dunia

Feb 21, 2023 | 5:30 AM
1368255a-5d27-4b4c-8d47-de38928c4e6c
-

KUALA LUMPUR: Roti canai, sarapan popular Malaysia, telah diiktiraf sebagai makanan jalanan kedua terbaik dunia.

Ini menurut TasteAtlas, yang mengeluarkan ranking "50 Makanan Jalanan Terbaik di Dunia" di laman Twitternya pada 18 Februari lalu.

TasteAtlas sebuah panduan makanan tradisional yang mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular.

Roti canai, yang popular di Malaysia, dibuat dengan doh tepung, air, telur dan lemak.

Doh dilipat beberapa kali untuk membentuk lapisan, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam dan lapisan luar yang rangup.

Makanan guotie dari China mendapat tempat pertama. Ia sejenis 'dumpling' China yang digoreng, berasal dari kawasan China Utara yang mengandungi daging cencang, kubis China, daun bawang, halia, wain beras, dan minyak biji bijan.

Di tempat ketiga ialah espetos Sepanyol, diikuti oleh taco, hidangan kebangsaan Mexico. Satu lagi makanan kegemaran di Mexico iaitu carnitas, hidangan yang diperbuat daripada daging yang direbus, dibakar atau dimasak perlahan dalam lemaknya sendiri untuk masa yang lama sehingga ia sepenuhnya lembut dan berair.

Karaage pula merupakan teknik menggoreng Jepun yang sering digunakan untuk menyediakan ayam.

Ayam diperap dalam campuran kicap, sake dan gula, kemudian disalut dengan pati arrowroot dan digoreng.

Bánh mi Vietnam pula berada di tempat ketujuh, diikuti oleh peirogi, sejenis 'dumpling' dari Poland, dan esquites, makanan jalanan Mexico yang biasanya dimakan sebagai snek semasa dalam perjalanan.

Bahan-bahan yang digunakan dalam snek ini ialah biji jagung matang, epazote dan garam.

Cochinita pibil, hidangan daging Mexico yang berasal dari Yucatan meraih tempat ke-10.

Kegemaran popular lain dalam senarai ialah bubur ayam, kebab doner, shawarma dan dosa.

Diklasifikasikan sebagai makanan jalanan Indonesia, bubur ayam berada di tempat ke-13.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg